Wednesday, July 22, 2009

super duper HAPPY!!!


okay ramai yang tanya bagaimana hasil presentation saya gara-gara menggelabah tak tentu pasal..being me, saya memang seorang yang sangat teliti dan cerewet dan menggelabah dalam bab-bab presentation nie..walaupun secara luaran saya kelihatan kargo (sila refer ibunda tercinta untuk dapat gambaran yang lebih jelas tentang maksud perkataan itu), tapi bila kena berdiri kat depan dan bercakap, saya jadi kecut kedembot plak (sila refer lagi pada mak di batu pahat)..tetapi bila saya dah mula bercakap dan merasai keseronokan bercakap di hadapan, saya rasa sayang pula nak tamatkan presentation tersebut..betol laa kata org, tak kenal maka tak cinta, tak cuba maka tak rasa..hahaha..

okay pasal presentation semalam, saya memang menggelabah sangat-sangat sampai tak lena tidur, semangat mandi pukul 5.30 pagi, pergi kelas takmau jalan kaki sebaliknya sanggup bayar seringgit untuk naik teksi dan datang kelas seawal 7.15 pagi! sampai kat kampus tengok keadaan masih lengang lagi sehingga pak guard tegur, "awal sampai pagi nie?" pertanyaan hanya dijawab dengan senyuman..then sampai kelas letak bag terus ke bilik air sebab nak betolkan tudung gara-gara tudung dah senget kena angin masa naik teksi..(-_-")

lecturer yang muka beliau ala-ala Anwar Ibrahim datang tepat pukul 8 pagi..kemudian terus susun kerusi dan duduk di hadapan kelas bersama discussant masing-masing sambil meng'revise' balik nota..saya presenter yang kedua dan discussant saya ialah zana..okay style lecturer nie, setiap presenter perlu ada seorang discussant..dan discussant tersebut perlu tahu keseluruhan isi yang perlu dibentangkan..discussant perlu menyelit bersama hujah sendiri ketika presenter sedang present..kiranya discussant bagi additional info laa..then discussant perlu menolong presenter jika presenter tidak dapat menjawab soalan ketika sesi Q&A..cool kan? :)

kemudian tiba laa masa yang ditunggu-tunggu..lepas rosmawati tamat present, lecturer suruh presenter kedua pula present..saya bangun dengan yakinnya walaupun dalam hati dup dap dup dap..ya ampunn mmg nervous giler..untuk 3 slide yang pertama, saya lebih kepada membaca point di slide tersebut..selepas mendapat 'rentak', saya mula menggunakan ayat sendiri which is saya rasa saya suke dgn keadaan tersebut di mana saya perlu menggunakan kepakaran saya untuk membina ayat dan menggunakan perkataan english yang sesuai..akhirnya, habis 12 slide dan sesi Q&A bermula..out of six, hanya lima soalan yang berjaya dijawab dengan hujah yang bernas, lagi satu lecturer kata tidak relevan..hahaha..

then sesi penilaian dan komentar..serious rasa macam peserta rancangan realiti bila lecturer nilai dan komen satu per satu..alhamdulillah saya terima komen yang positif; slide menarik, penggunaan perkataan bahasa inggeris yang tepat, boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan baik dannnnn yang paling menggembirakan bila lecturer umumkan markah..

"untuk presenter pertama, saya bagi 80 markah sebab awak nombor 1 (means dia turn pertama) dan presenter kedua, saya bagi...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

90 markahh", diiringi dengan tepukan dari rakan-rakan..sumpah terharu :')

masa dia nak umumkan tue saya budget dapat markah rendah sedikit dari presenter pertama sebab tak dapat jawab semua soalan, sedangkan presenter pertama dapat jawab kesemuanya..so, saya pun tunduk jea laa ala-ala gadis yang redha dan akur dengan jodoh pilihan ibubapanya..hehehe..

then lecturer tanya, "happy?" "yes, thank you Dr." "okay good"

sumpah gembira sangat masa tue sebab rasa segala penat lelah 'dibayar dan dihargai' bak kata amy search dlm iklan celcom, berbaloi-baloi..:)

keluar kelas rakan-rakan ucap tahniah dan tanya apa rahsia..hehehe..takde rahsia sebenarnya, cuma saya banyak membuat rujukan dari internet, memberi contoh yang relevan dengan tajuk, memahami isi yang ingin disampaikan, guna ayat sendiri yang simple, bukan ayat buku teks atau internet yang bombastik itu, praktis berpuluh kali di rumah sewa dan JANGAN MEMBAWA SEBARANG KERTAS KE HADAPAN kerana anda dianggap tidak bersedia dan tidak membuat 'homework'..

kegembiraan berterusan bila masuk ke kelas Dr. Nik Maheran..beliau menyuruh siapa-siapa membaca sebuah artikel..any volunteer yang boleh berbahasa inggeris dengan baik, membaca dengan penuh emosi dan bercita-cita ingin menjadi seorang pengacara..

tiba-tiba ada beberapa orang yang berkata; fafau fafau, media prima, sapa yang nak kerja media prima tue, ohh siapa yang dapat 90 markah tadi sehingga laa muncul nama 'izzati'

dan Dr. Nik pun bertanya "okay izzati?"

"ohh sure.."

"okay you can read now.."

lepas habis baca kami perlu buat latihan pulak..Dr. Nik bagi masa 15 minit then siapa siap dulu dia kena present kat depan..nak dijadikan cerita, kumpulan saya siap dulu dan Dr. Nik panggil saya ke hadapan untuk 'ganti' beliau jadi lecturer..owh seronokkk sangat masa tue sebab berpeluang menggantikan tempat beliau dan mengajar rakan-rakan lain :)

well, hari semalam memang hari saya..seronok dan teruja rasanya..cuma kadang-kadang ada jugak rasa tak selesa..takut kawan-kawan kata saya tamak dan over exposed pulakk..cewwahh nak jugekk dilabel tamak dan over exposed macam fafau..hahaha..tapi tue laa, meminjam kata-kata David Beckham,
It doesn’t affect me. You can’t be liked by everyone. (thanks En. Faiz for the quote..baca blog kamu dan jumpa plak quote tue..it sounds great ;p)

oh yea, semalam birthday someone..so, saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR pada sepupu kesayangan saya yang comel ketika berusia 9 bulan, si ninj@_meLayu..awak memang best..kita kagum dengan cara pembawakan diri awak yang sentiasa humble dan mempunyai PR yang bagus..pandai jaga hati dan pandai ambil hati..tak lupa juga pandai makan pedal pasar malam seksyen 6..hahahaha..JK ;B

SELAMAT HARI LAHIR juga pada nenda tercinta, Hajah Zainon bte Shufa'at..esok birthday nenek..semoga nenek dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..maaf tak dapat balik untuk kenduri minggu nie..terima kasih sebab nenek bersusah payah carikan nombor hp Cik Nik untuk zaty..zaty sangat-sangat menghargainya..nnt kalau zaty dah dapat lesen, zaty bawak nenek jalan-jalan gie BP Mall naik kereta atuk k..hehehe..

to july's babies; atuk, aunt azmah, haziq, nony dan shawal, HAPPY BIRTHDAY DARLINGS..sayanggg kamu semua! :-*

Sunday, July 19, 2009

doa kami :')


okay excited giler update blog sebab baru pas borak dgn ejah..cerita tentang baju raya, hiburan, pelajaran dan kehidupan..

and then di akhir perbualan ejah sempat pesan, hari selasa nie adik ada presentation..doakan adik ek sbb kalau adik punya presentation bagus, adik dapat pergi balik pulau, kat pulau pinang..

then dengar yie plak pesan, doakan yie jugak..hari rabu nie yie periksa..

baik lah adik-adik, kak tie sentiasa doakan kejayaan adik-adik..semoga kalian berjaya buat yang terbaik..:')

ironinya, hari selasa nie kak tie ada individual presentation jugak..subjek strategic management, pukul 8 pagi..doakan kak tie yea..

oh yea, para pembaca sekalian, doakan kami jugakk..insyaallah kejayaan milik bersama :')


:: rindu ::

Friday, July 17, 2009

praktikal


okay, macam mana nak cerita eh..borang praktikal dah keluar dan saya pun dah isi..cuma yang menjadi masalah, tarikh praktikal tersebut..

kami diberi dua pilihan, samada ingin memulakan praktikal pada 15 November 2009 dan habis pada 2 April 2010 kemudian cuti seminggu untuk mempersiapkan diri untuk jalani viva, ATAU

mula praktikal pada 23 November 2009 dan habis pada 9 April 2010 kemudian tanpa cuti terus jalani viva..

yang paling menarik ialah tarikh akhir keseluruhan peperiksaan uitm jatuh pada 15 November jugakk..huhuhu..

macam mana eh..sbb kalau paper saya berakhir pada 15 Nov, bermakna saya tak sempat nak cari rumah sewa lain (if kena praktikal kat luar KB tapi still dalam kelantan) dan saya tak sempat nak ke tempat praktikal tersebut (if dapat praktikal kat luar kelantan seperti yang diidamkan)..manakala kalau saya pilih tarikh 23 Nov, saya tidak diberi sebarang masa untuk get ready for viva..*sigh* sgt tensi okeh (-_-")

lepas tue kalau bernasib kurang baik, dapat advisor yang 3 orang tue, mereka tak benarkan saya jalani praktikal kat luar kelantan sebab setiap minggu wajib jumpa advisor..emm saya dah tanya
pada lecturer kesayangan saya tentang perkara nie..jawapan beliau: actually it depends on your advisor..for me, you dont have to see me every week since we have the technology, ada email, YM sume tue..i galakkan you buat kat luar..

see? beliau sangat open minded kan? sgt optimistik..sebab itu saya sayanggg sangat kat beliau..saya berharap sangat dapat pilih beliau sebab saya bercadang nak buat praktikal kat MPB dan setahu saya, beliau sukaaa sgt turun KL sebab nanti beliau boleh singgah pavilion, seterusnya beli handbag dan kasut baru..hahahaha..FAKTA tauuu..tak tipuuu..

so besar laa harapan saya sekiranya dapat pilih beliau sebagai advisor saya..doakan saya agar impian jadi kenyataan :')

pengajarannya, jangan laa menyesal dan merungut dgn apa yang Allah dah bagi dulu..kelak awak sendiri yang menyesal tak sudah-sudah..






kena dok kelantan 10 bulan seyh kalau tak dapat chance buat kat luar..padan muka hakuuuu ;(

Tuesday, June 23, 2009

lelaki-lelaki ini


omaigosh..rasa bersalah pulak tak buat special post utk mereka..

hmm, malas + penat = busy

haha alasan lapuk..okay laa, straight to the point:

1. SELAMAT HARI BAPA, ABAH TERSAYANG, AZMAN BIN MOHD ARIF..terima kasih untuk segalanya..zaty hargai segala pengorbanan yang abah lakukan untuk membesar dan menyekolahkan zaty..zaty mintak maaf sebab zaty suka melawan cakap abah dan selalu susahkan abah..terima kasih kerana menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab cum pak lawak..;p

:: hadiah untuk membayar makan minum kat kedai Salina segala pengorbanan abah ::


2. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-13, ADIK KESAYANGAN SEMUA, MUHAMMAD ZIKRI BIN AZMAN..sorry lambat sangat wish (dalam blog jea)..lahiriahnya (mentang2 hari lahir, so guna perkataan lahiriah..haha) kak tie, dah wish yie tepat pukul 00:00 am pada 1 june 2009..bersama kejutan kak zah pulang ke rumah untuk surprisekan yie..haha padan muka, yie sorang jea yg tak tahu..kak tie dan ejah dah tahu dulu..hahaha..esoknya terus beli KFC (buat jari 3 sbb nak ayam 3 ketul ;p)..hari lahir yie selalu disambut meriah (mungkin sebab sama dgn hari lahir TV3, Inspirasiku =p)..oleh itu, bersyukur laa walaupun yie tak pernah naik kuda masa kecik macam kak zah, kak tie dan abang dulu..lagipun hadiah kak tie dah bagi, tapi janji kena guna sampai 5 tahun..hehehe..

okay laa yie, belajar rajin-rajin, jangan tinggal solat (esp bila tidur rumah nenek masa ibubapa balik pahang, nenek kejut solat subuh, then konon-konon balik rumah sebab nak solat kat rumah sendiri supaya rumah disinari nur walhal 'tertidur' semula, tak sedar katanyaaaa..LOL), jangan melawan cakap ibubapa, maintain mancung dan comel, dan SILA MENGAKU yie sebenarnya minat Hadziq Tom Tom Bak dan ketawa mengekek masa Fafau buat aksi 'lemah lembut' dalam melodi minggu lepas..okay? so that kak tie tak payah resend email pada Fafau..hahaha..:D

:: yie berkeras tak nak mengaku Hadziq comel ;p ::


baiklah, kepada dua lelaki di atas, zaty sayang kamu berdua..:')

Sunday, May 31, 2009

gambar2 comel ;p


emm hari nie saya nak share beberapa keping gambar yang boleh menggamit memori dulu2..haha..actually jumpa gambar2 nie dlm album nenek..masa tue big mama blk kg dgn kwn2 dia, so nenek pun bwk kuar album2 lama..saya pun sibuk2 laa belek album gak..terjumpa gambar2 kat bawah nie..mari kita lihat siapa yg kenaa..hahaha..intro annoying! ;)



:: masa kak zah kecik..mak saya sungguh muda n jelita okayy..mcm fransisca peter gitu ;p ::


:: kelahiran awal ahli2 KKJ senior ::


:: okay yg nie terang sket..owhh aidil comellll giler masa nie..err dah besar pun comel jugekkk ;p ::


:: mak usu bertunang..ejah kecikkk lagi, yie dlm perut..hello yie, welcome to the world! =) ::


:: kalo tak silap, masa nie kat bukit cerakah..tempat yg ada empat musim tue..rasanya masa nie musim sejuk..tue yg ai pose ala2 menggeletar kesejukan..haha.. ::


:: bsama nenek yg masih bergetah..eh eh silap, masih berisi..hehehe..ampunn! ::


:: pose paling gempakss abad ini..i love these two cutey boys..:') ::


:: ya allah comelnya mereka berdua! ejah persis siti fatimah..hehehe.. ::


:: masa nie kat mersing, abah gie umrah..so nak mengelakkan kami sedih sbb kangen sama abah, dorang bwk kami jalan2 makan angin..thanks y'all! ::


:: L to R - power rangers kuning, power rangers biru, power rangers pink, power rangers merah & power rangers hijau..chop! yg pakai cap tue tak termasuk tau, dia boss kami..haha! ::


:: ahli2 KKJ yg gigih mengumpul duit utk gie wet world setiap kali cuti sekolah..LOL ::


:: phewwit phewwit..kami masih tak segan berswimming suit..haha! ::


:: hello anis..cute sungguh kamu masa nie ::


:: gambar raya 1996 ::


:: wahhh pak usu masih selim river melim..;P ::


:: hari anugerah bintang popular harakah KKJ..kak zah dpt 9A utk PMR..congrates ya! ::


:: aidil dpt 5A utk UPSR..tahniah okay ::


:: zaty dpt sama cm aidil, cuma ada tambahan sket..cucu paling kurang kurus..hahahah! =D ::


:: lepas dpt hadiah, ada majlis makan2 sket..sbb tue tepuk tangan..happy dpt makan..zaty jgn makan banyak2, nnt makin kurang kurus..eh sapa si gebu sebelah aidil? cek-it-out! oh yea, imran baru berusia 12 hari..;) ::


:: okayyy itu dia si gebu partner makan saya masa kecikk2 dulu..skang dah tak jadi partner sbb kurang gebu..sedih ai you biarkan ai gebu sensorang :( LOL ::


amacam? best tak? menggamit memori cinta luka silam tak? hahaha..saya sukaa belek2 album lama..mesti jumpa gambar2 yang best..hehehe..eh tapi pasan tak..apsal dlm kebanyakan gambar, ai mesti berdiri sebelah aidil? ehemmm kecik2 dah berskandal..larrikkkkk!!!! =p




p/s: oh yea, if ada yg tak suke gambar2 anda dipublish, gtau yea..saya akan delete..no probs~ (^_^)

Wednesday, May 20, 2009

atuk dan abah


okay saya tahu bahawa saya dah lama gilerr tak update blog..bukan sengaja okay..tp saya kena 'kejar' banyak benda..forums, blogs, videos n pics..haha..alasan jea..

okay laa nak citer alkisahnya semalam saya temankan nenek bawak atuk gie hospital putra utk check buah pinggang..mula2 nenek kata tak jadi sbb atuk taknak..pas balik breakfast n beli belah kat bagan (haha sengaja guna breakfast n beli belah..budget gempak =p) saya nmpk nenek siap2..nenek kata atuk call, dia ajak gie hospital..so saya pun terus mandi n siap2 sbb nak teman nenek walaupun nenek tak ajak..;)

masa tgh pakai tudung dengar kecoh2 kat luar..rupanya atuk cakap tiba2 mata dia tak nampak masa baca paper kat kedai, then jalan terhuyung-hayang..pastu tayar kete dia termasuk dalam lubang kecik kat depan kedai..so kena panggil org tolong..tue yang tetiba nak gie check sbb dia kata bfore this dia tak penah rasa cmtu, tp bila makan ubat utk buah pinggang tue makin teruk plak..

sampai putra kami kena tunggu around 15 minutes sbb Dr.Kee ramai patient pagi tue..atuk dah resah gelisah, dia ingat nenek tak daftarkan nama dia..hehehe..padahal kena que..then bila sampai turn atuk, dia cepat2 tnya Dr. Kee soalan..tapi saya kagum dgn soalan atuk sbb mcm skrip drama wohh..soalan berbunyi: Dr., saya nie takde sakit buah pinggang..tapi Dr. suoh saya makan ubat buah pinggang..jadi, apakah tanda2 orang yang sakit buah pinggang? serious atuk tanya cmtu..terkesima ai seketika..heheheh..tapi Dr.Kee baikkk amat..dia explain satu per satu..pastu dia tnya atuk..

Dr.Kee: pcik, apa makanan yang perlu pcik elakkan? yg mcm saya bgtau pcik mggu lepas? *sila baca nada cina okeh*

Atuk: *diam sbb Dr.Kee tak bagi pilihan jawapan A B C D mcm dlm paper BM SPM*

Dr.Kee: sudah lupa?

Nenek mencelah bagi menjaga air muka husband terchenta: ikan bilis..

Dr.Kee: yea, ikan bilis, kekacang, organ dalaman (tmasuk pedal kegemaran yang dijual di pasar malam) dan semua jenis daging..kalo makan ikan kembung, pcik makan separuh jea..jgn makan seekor..kalo makan daging ayam, makan seekor eh eh silap seekor banyak sgt, seketul jea..lagi seketul pcik bagi cucu pcik yang gojes di depan saya ini..eh eh tak boleh gak, dia kena diet supaya lebih gojes dan vogue..(hahaha..takde laa..tp part bagi cucu tue mmg betol..)

Atuk: bla bla bla bla *tak ingat dialog*

Dr.Kee: bla bla bla bla

Atuk: okay terima kasih Dr..*actually banyak lagi dialog, tp tak ingat..tue laa sapa suoh ko gedik sgt nak wat dialog cm Mr.Manager..haha!*

Dr.Kee: sama2..atuk nie CUTE laa..

wahhh..bangganya ai dan nenek ai bila Dr.Kee tue kata atuk cute..serious dia kata atuk cute sampai nenek bangga siap citer satu taman pun ketawa..i loikee u Dr.Kee..=p

emm abah plak dah semakin sembuh..dah boleh bwk kete, gie keje, tunduk n ngeteh kat kedai nyonya..hahaha..

oh yea nak gtau gak, kak bulat sarjan cakap: kalo dah nama ibu tue, apa pun dia sanggup buat utk anak2 dia..

eh kenapa masuk nama kak bulat plak nie? apa kena mengena dia dgn citer2 kat atas tue? apa hubungkait isi perenggan pertama dgn isi perenggan terakhir? okay dah dah..jgn susah2 pikir okay..saya akan cerita..

dua hari selepas pembedahan mata, ramai saudara mara, rakan taulan dan sahabat handai yang dtg melawat abah..mereka dihidangkan dgn jamuan keropok ikan tamban dr kelantan yang dibeli oleh saya dan teh O lipton yang dibeli di farson batu pahat..realitinya, hanya cikgu zul, pcik yem, pcik saadon serta kak bulat & abg berahim yang dtg melawat abah tanpa buah tangan utk anak2 abah JK! =P

kebetulan masa kat bulat dtg, nenek baru balik dr bagan..nenek belikan abah ikan bawal putih sbb abah kena berpantang..abah hanya boleh makan makanan yang tak gatal, so keropok ikan tamban abah tak bley makan..tgk jea tetamu makan..hehehe..so bila kak bulat nampak nenek bersusah payah cari makanan yang terbaik utk abah, dia pun cakap: ala mak usu, kalo dah nama ibu tue, apa pun dia sanggup buat utk anak2 dia..*nada kak bulat tau..em kalo nak suoh saya demo pun boleh, call jea saya* seriously saya terharu dgr kata2 kak bulat sampai menitis air mata masa tgh goreng keropok ikan tamban..so apa lagi, minyak terpercik kat pergelangan tangan..hehehe..

lebih kurang kul 6.20 ptg, semua tetamu pulang ke rumah masing2 sbb semua dah tak sabar nak tgk cerita Matahari kat TV3..dgn itu, saya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada semua hadirin yang hadir wpun takde acara salam kaut..LOL

:: mata abah pas balik dr klinik..mak rileks jea makan epal kat belakang..hehe.. ::


:: kasih seorang isteri..cewwahh caption nak romantik haha.. ::


:: okay close up sket..thanks mak sbb jaga abah dgn baik :') ::

okay laa..nak iron baju..esok ai ada shooting..teruja okay! =)