Tuesday, August 11, 2009

wajah baru


okay, ini lah dia hasil make over blog saya..actually, saya saja ngada-ngada nak try template baru..sekali terkelik butang apa entah, abes hilang semua gadjets kat tepi tue..yang paling sedih, traffic kembali kepada 0..penat jea kumpul 4499 pembaca sejak setahun lalu..tsk

btw, apa pendapat anda tentang wajah baru blog saya nie? adakah nmpk serabut dengan pelbagai warna? atau nmpk lebih ceria dan bertenaga? :)


Monday, August 10, 2009

pengulas sukan


hari nie entry saya masih ada kaitan dengan Dr. Nik Maheran lagi..sila jangan jemu :)

alkisahnya, satu malam tue saya dan kawan-kawan menonton berita sukan di TV3..lepas tue saya perasan, nama pengulas sukan tue Nik Maihan Muhammad..then saya saja-saja cakap; eh adik Dr. Nik, adik Dr. Nik (sebab muka dia ada iras Dr. Nik, size badan kecik macam Dr. Nik dan nama pun dah nak sama)..pastu kawan-kawan balas; bukan kot sebab nama bapak dia takde Nik pun..hehe dah salah orang daaa, sedap-sedap jea cakap tue adik Dr. Nik..

hari nie, lepas class saya teman zana jumpa Dr. Nik, untuk uruskan hal seminar tax planning tue..then dah nak balik saya tanya beliau;

saya: Dr. ada adik nama Nik Maihan Muhammad?

Dr. Nik: kenapa?

saya: takde, hari tue saya nampak ada seorang pengulas sukan kat TV3 tue, nama dia Nik Maihan Muhammad..

Dr. Nik: owh, tue bukan adik saya, she's my cousin..sepupu saya..dia mmg kerja kat sana..

saya: owh padan lah muka lebih kurang jea :)


see..terror tak saya? boleh teka dengan betol..hehehe..

btw, nie antara artikel tentang cousin Dr. Nik yang sempat saya search..


Utusan Malaysia (23/02/2009)



Sunday, August 9, 2009

berdehem-dehem


pagi nie, seawal jam 6.59 pagi, saya mendapat kiriman sms daripada Dr. Nik Maheran yang berbunyi; Izati, nampaknya tak dptla kita nak ganti kelas hari ni...saya ada meeting pukul 9-12pm. Sorry....

kemudian saya start forward msg tentang pembatalan class pada rakan-rakan lain..saya hantar kepada 12 orang rakan dan berharap mereka boleh sebarkan pada rakan-rakan lain..

apa yang tak bestnya bila saya tidak menerima walau satu balasan sms dan ada sms yang tidak 'delivered'..so saya try miscall mereka dengan harapan msg akan 'delivered'..malangnya msg tetap tak 'delivered'..

sampai kelas, saya bertanya samada mereka ada menerima sms daripada saya dan mereka mengatakan "ya"..saya check semula handphone dan dapati msg masih belum 'delivered'..takkan maxis ada problem kot..hmmm..

habis kelas pada pukul 2.00 petang, handphone saya tiba-tiba mati selepas saya call roomate..bila on semula handphone, ya ampunnnn banyaknya sms masuk..

rupanya handphone saya yang problem, bukan maxis..huhuhu..jadi, perlu ke handphone baru? lu pikir laa sendiri..heee ;p

Friday, August 7, 2009

hiburan minggu ini


1. dah dapat duit hasil jualan buku teks dan set soalan past year pada junior..alhamdulillah..what you give, you get back..

2. ketua program amats optimis apabila membenarkan para pelajar membuat praktikal di luar kawasan kelantan..tiada had limit dan tiada istilah first come first serve..korang nak praktikal kat belakang umah korang pun takpe..sukati laa..macam nie baru best kan?!

3. petang semalam ibunda terchenta anta sms yang berbunyi; Salam. Baca yaasin 1 niat panjang umur dalam kebajikan. Yang ke2 dimurahkan rezeki yang halal. Yang ke3 tetapkan iman sampai akhir hayat. Esok pose. Selamat menghayati nisfu syaaban.

malam tue, lepas habis baca yasin dan solat isyak, saya masak air sebab nak makan biskut cicah milo..kemudian cakap dengan roomate; kita lapar laa..nak makan nasi sebab esok nak puasa tapi takde orang nak keluar plak..*salah satu faktor tak suka balik kelantan apabila makanan terpaksa dicatu..huhuhu..* so kita nak mintak maggi awak boleh tak? roomate yang baik hati terus izinkan..saya bangun nak mencapai mangkuk, tiba-tiba;

tok tok tok..

jiran 1: izzati, izzati..awak nak nasi tak? saya ada beli nasi dua, tapi tak habis pulak..pergi lah makan kat depan, lauk ada banyak lagi tue..

saya: yea ke..kalau macam tue kita bayar pada awak lah sebab kita memang tengah cari nasi nie..

jiran 2: ehh takpe sebab kitaorang beli kongsi-kongsi..

saya: alaa, kita segan lah..

jiran 3: tak payah segan-segan..jom saya bawak awak..

sampai kat depan, masyaallah banyaknya lauk..ada ikan siakap tiga rasa, daging masak merah, tomyam campur, telur bungkus, sayur cendawan dan sambal belacan..jiran-jiran hanya makan 1.5/3 sahaja..kemudian jiran 2 hulurkan nasi dalam polestrin..ya ampunn padan lah jiran 1 tak larat makan dua bungkus nasi, rupanya nasi dia setimbun..dipendekkan cerita, saya luakkan separuh nasi dan hanya makan separuh sahaja..alhamdulillah kenyang..mungkin berkat baca yasin tadi, saya dimurahkan rezeki..thank you mak..

jangan salah faham bukan niat untuk berlagak, tapi saya nak kongsikan yang mana jika kita ikhlas berdoa dan berniat baik, insyaallah ALLAH perkenankan doa kita..

4. housemate saya ditahan di ward Tanah Merah, Kelantan kerana disyaki menghidap H1N1..topeng sudah dibeli..harap-harap semua okay..

5. menonton rancangan gadis melayu musim kedua gara-gara ingin melihat peserta itu..amats kelakar bila menonton sesi ujibakat..hahaha..macam-macam gaya ada..oh yea seorang drpd mereka adalah junior saya semasa diploma dulu..dia pun lawak gak.."jadi playergirl dalam zon yang selamat"..heee..apa pun, yang terpilih sebagai finalis memang cantik-cantik..tahniah!

Tuesday, August 4, 2009

cerita tentang saya dan birthday girl


Selamat Hari Lahir yang ke-16 untuk adik perempuan kesayangan saya, Nur Hamizah Azman..tahun nie tak dapat call dan wish dia sebab dia kat asrama..tapi saya sempat ucapkan "Happy Birthday" in advanced masa abah dan mak datang melawat dia di Moncheh ahad lepas..

sedikit preview tentang ejah..dia budak yang baik, cerdik, suka membaca, tgk TV dan sgt sgt sgt sukakan muzik..tak bley hidup tanpa muzik..cepat jea dia hafal melodi dan lirik lagu..ejah suka makanan pedas macam saya..yang paling dia suka mesti lah sambal tumis mak..dan ejah merupakan PENCINTA buah-buahan..kalau kat rumah tue, dia sorang jea dah cukup untuk habiskan buah-buahan..sebab tue kulit dia amat licin dan gebu bak telur rebus (ejah kata cikgu ain yang puji dia cam tue..hehehe)

hmm sebenarnya saya sedih bila mengenangkan hubungan saya dengan ejah..bukan apa, dulu masa saya di sekolah menengah dan ejah di sekolah rendah, saya tak pernah atau jarang berbaik dengan ejah..selalu sangat bergaduh..pantang ada benda tak kena, mesti saya akan marah dia, dan kami mula bergaduh..sampai satu masa, agaknya abah dan mak tak tahan melihat sikap saya, abah tegur saya..abah slowtalk dengan saya..abah tanya kenapa perangai saya macam tue..kenapa saya tak nak mengalah walhal saya lagi tua dari ejah..kenapa saya asek nak bergaduh jea..masa tue saya cakap dengan abah, ejah yang suka cari pasal dan mengada-ngada, manja sangat..abah suruh saya mengalah sebab saya dah besar..tapi masa tue saya bertindak mengikut emosi, saya cakap abah lebih sayangkan ejah daripada saya..:'(

saya ingat lagi, dulu bila saya balik sekolah, ejah dan yie mesti tengah tunggu van nak ke sekolah agama..dan selalunya saya belikan gula-gula belo untuk yie dan ejah..satu hari tue, saya bergaduh dengan ejah, so saya tak bagi gula-gula belo pada dia, saya bagi pada yie sorang jea..dan yie dengan baik hatinya pergi bagi separuh gula-gula belo tue pada ejah..apa lagi, saya mengamuk dan mintak ganti duit dari ejah..saya suruh dia bayar seposen sebab harga gula-gula tue seposen..ejah bagi saya lima posen sekeping, saya tak terima, saya nak seposen jugak..ejah plak tak nak bagi seposen yang dia ada tue dengan alasan dia nak beli aiskrim kat sekolah agama, dia malas bagi duit besar, nanti orang kantin kena bagi baki pada dia dan nanti akan tersentuh tapak tangan dia, maka air sembahyang dia akan batal..dia malas nak ambik air sembahyang lagi sekali..saya tak terima alasan tue dan berkeras nak duit seposen gak..akhirnya kami berbalas-balas pukulan dan cubitan sambil disaksikan oleh emak dan yie..

ya allah betapa saya tidak menghargai kemanisan hubungan adik beradik ketika itu..betapa jahilnya saya tentang hubungan kekeluargaan masa itu..betapa ruginya saya tidak ada perasaan sayang pada adik sendiri ketika itu..

habis tingkatan lima, saya bekerja di shah alam dan kemudian sambung belajar di kelantan..bila duduk di kelantan, baru lah saya sedar betapa sayangnya saya pada ibubapa dan adik beradik saya..baru lah saya hargai mereka dalam hidup saya..secara automatik, hubungan saya dengan ejah kian rapat..mungkin sebab masa tue saya dan ejah dah matang sket kot..dah boleh berfikir mana yang baik, mana yang buruk..

makin lama kami makin rapat dan jarang bergaduh, kalau gaduh pun tak seteruk masa kecik dulu..sekejap jea dah baik..walaupun minat kami berlainan, tapi perangai kami sama..kami suka bayangkan sesuatu..apa akan jadi kalau benda tue berlaku..senang kata, kami gemar berimaginasi benda-benda yang kelakar dan tidak mungkin berlaku..hehe..

ejah merupakan jurukamera yang paling setia merakam video clips saya..dia lah yang merakam saya menari, menyanyi, melawak dan berucap seperti rafidah aziz..hahaha..pendek kata, dia lah orang pertama yang dapat menonton pelbagai aksi dan lakonan saya..dan ejah juga yang selalu mengambil gambar saya dengan pelbagai situasi..konon-konon bergambar untuk majalah mastika ruangan pengalaman hidup atau bergambar untuk akhbar bipop ruangan apa ceritanya (ala yang luahan artis tue..hehe)

masa saya di kelantan, ejah yang selalu update, paper dan majalah mana yang ada cerita pasal fafau dan nony..kadang-kadang ejah mms keratan akhbar yang ada cerita pasal diaorang..sekarang dah terbalik, saya yang selalu update info pada ejah sebab ejah dah masuk asrama..dan sebut pasal asrama, kalau nak tahu walaupun masa kecik kami selalu bergaduh, tapi setiap kali melawat ejah kat asrama, saya yang paling emosi..saya gagal mengawal emosi sebab selalu menitiskan air mata masa salam-salam waktu nak balik tue..mula-mula memang senyum, tapi bila dah pesan; ejah belajar rajin-rajin tau, doakan kak tie, kak tie nak balik kelantan, etc, masa tue suara akan bertukar menjadi sebak..ejah pun sama gak..nnt dia bukak spek dia nak lap air mata..then hari tue dia pesan; belajar kereta betul-betul nnt boleh bawak adik gie summit :')

okay lah ejah dah banyak sangat nie..doa kak tie agar ejah panjang umur murah rezeki, berjaya dalam pelajaran dan sentiasa tabah & bahagia kat moncheh..thanks sebab jadi adik yang best dan supportive..kak tie sayanggg sangat sangat kat ejah..love and miss loads! :')

jomm layannnz gambar :)

:: birthday gurl yang maintain slim dan chumil ::


:: ejah dan kak zah..dua-dua minat benda yang sama eg; tgk citer-citer urbann..i kampung type..haha ::


:: wedding umah pejul..dialog fav kami "isteri kita dah keje kat sini"..hahaha ::


:: partner sejati..yie kekal sikap ingin bersaing walaupun dari segi ketinggian..kan kak zah? hehe ::


:: 'kegilaan' ejah, comics ::


:: kegilaan kami..makcik-makcik dan sorang mamat baru lepas sunat ;p ::


:: selamat berjuang Hamizah..semoga terus berjaya :') ::


:: kat bilik asrama ejah..time to leave..tsk T_T ::


:: loveee muahs! ::


Wednesday, July 29, 2009

birthday boy


:: siapakah lelaki misteri di sebalik sapu tangan ini? mari kita terjahh..layannnn ::

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Selamat Hari Lahir yang ke-19 untuk adik lelaki tersayang (perghh jangan ada yang jeles panggil sayang sayang nie..ai kan kelakar..tettt!!! =p), MUHAMMAD HAZIQ BIN AZMAN yang kini berada di uniten, bangi..

sedikit gambaran tentang birthday boy, beliau seorang adik yang sempoi dan simple..sentiasa cool dalam apa jua keadaan dan jarang mengamuk atau memberontak..sgt kelakar dan hormat orang tua..sukakan muzik dan makanan..beliau juga terror mencuri hati wanita, sebab tue sentiasa double, jarang nak single..hehe..okay dah-dah cukup kata-kata pujian, sekarang tiba masa untuk 'membasuh'..

ucapan cliche; semoga berjaya dalam hidup dan mencapai apa yang dihajati..

ucapan kurang cliche dan agak berbisa; semoga kamu menanam azam dan cita yang baru untuk lebih berjaya..buktikan pada khalayak yang kamu bukan loser seperti yang disangka..jangan terpengaruh dengan benda-benda yang kurang elok seperti dota dan rota (cehhh koverline baekkk punyaa..hahaha..), jangan boros sebab 'ekonomi krisis', jaga diri hiasi peribadi, ingat pesan nenek, abah, mak, kak zah & makcik..diaorang sayang awak, sebab tue diaorang ambil berat pasal awak..awak kena hargai tu..sebab bila orang dah tak peduli tentang awak, bermakna orang tue dah tak sayang awak dan tak kisah apa yang baik & buruk untuk awak..tue lagi tak best kan? so hargai dan sayangi orang di sekeliling kamu :')

kita sebagai kakak, sentiasa doakan awak berjaya dann bla bla bla (ala yang macam dalam msg tue, malas nak taip balik..hehehe..) okay?

emm walaupun kita berdua tak rapat sebagaimana ejah dan yie (sebab masa tue awak lebih rapat dengan ejah..siapp panggil ejah sayanggg lagi..opps haha..), tapi kita still ada kenangan bersama..ingat lagi dulu masa pergi ngaji kat umah Cikgu Majid, kita selalu cubit awak kan? kesiann awak..hehehe..tapi kita masih sudi boncengkan awak naik basikal merah kak zah..yang paling best lepas habis mengaji, kita pergi kg dalam singgah umah nek som..pastu nek som akan hidangkan biskut tawar dan teh o panas..masa tue memang takde perasaan malu atau segan langsung..umah nek som jadi tempat ngeteh kita..free jea tak payah bayar macam kedai nyonya abah..hahahaha..=D

masa awak kecik awak selalu hilangkan kaler kita and kak zah..pastu awak cakap "abish abish" sambil tangan bukak tutup banyak kali (so guys sekarang dah tahu dari mana atuk dpt inspirasi perkataan 'abish' tue..ke mana tumpahnya lecak kalau tak ke tayar kereta atuk, kan? LOL) masa tue kita and kak zah gerammm sgt dgn awak..pastu nnt kami dua orang membebel ckp cmni "ala mentang-mentang dia sorang anak lelaki, perasan jadi bos!" hahahaha..sorry ziq, we didnt mean it..;)

pastu awak selalu menangis bila kartun kegemaran awak abish..awak cakap kami yang abishkan..maybe masa tue awak ingat kartun tue ialah sejenis makanan yang boleh dimakan sehingga habis..pergghh kecik-kecik dah ada insticnt salah seorang kakak awak bakal jadi perokok pemakan tegar atau pencinta makanan yang suka habiskan kartun kegemaran awak..hehehe..oh yea kat sekolah plak awak jarang jumpa kita untuk mintak duit..maybe sebab awak faham yang kakak awak nie pun tak cukup duit untuk melantak kat sekolah..hahaha..

then kalau kita marah or benci awak, kita akan gunting gambar-gambar awak dengan kita, konon-kononnya tak nak awak ganggu hidup kita laa..cett drama queen betol! so gambar kita banyak yang berlubang-lubang..hahaha..nasib baik sekarang dah canggih, so mana yang tak berkenan terus delete..hehe..:p

emm sedih plak ingat kenangan dulu-dulu..huhu..tapi ia tetap segar di kotak memori kita..cewwahhh..ayat nak best..

okay laa ziq, kita harap awak berjaya memperoleh apa yang awak inginkan dengan syarat, you really work hard on it..bak kata abah, bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang..renung-renungkan dan jangan sampai termenung..;p


:: aziq memang suka mencuba makanan baru..kami maintain sengal..hehe ::


:: kita suka amats gambar nie..nampak ada chemistry physics & biology ::













tulus ikhlas dari;
pemilik video ayat-ayat cinta di handphone kamu ;)