Friday, July 30, 2010

Minggu seronok ;D

Hello yang cantik-cantik dan handsome-handsome belaka! =)

Oh yea, minggu ni merupakan minggu yang menyeronokkan! Isnin dan Selasa I & Mai tidur rumah Kak Eliz, my office mate. Dia mintak teman cuz husband dia outstation kat KL.

Tapi tapi tapi........

I lupa sangat-sangat nak amek gambar. So tak dapat nak tunjuk and kenalkan pada you all mana satu Kak Eliz. Next time okay?

Then, minggu ni seronok sebab
beliau! Auww auww! Ngada ah. Hahaha. Oh I tak sabar nak cerita dengan pendengar setia I; Kak Zah, Ejah & Yie. Tunggu okee? Teehee.

Alritee, ini jea buat masa ni. Alahaaii entry I sangat tak membina dan membosankan.

Saturday, July 24, 2010

I ♥ My Saturday

Hello people! Selamat Hari Sabtu! Hari nie I buat-buat rajin datang ofis, buat OT. Perghh apa ini? Izzati Azman tak balik BP, pastu siap kerja lagi hari Sabtu?! Macam tak percaya kaan? Hehe. Takde laa, actually mmg dah plan minggu nie tak nak balik cuz last week dah balik. Pastu dari semalam dah plan nak datang tolong Kak Azy kemas ofis. Cuz kami dijangka pindah hari Sabtu next week. Sebab banyak lagi yang belum settle, so kena laa buat-buat rajin.

Sebenarnya I dah plan if I mengantuk sangat and rasa malas, I tak nak buat OT. Tapi tadi pagi pukul 9am mcm tue dah terjaga. So bila Mai tanya: Nak pergi ofis? I jawab: Boleh jea. And sebelum mandi I sempat text Kak Azy: Marsya ikut tak? Kak Azy reply: Ikut, baru nak bertolak. Yeaay! Marsya anak dia and I suka Marsya sebab dia comel. Dia pengganti Siti kat JB. Teehee.

I budget takde orang kat ofis, so I malas pakai foundation and bedak. Just pakai moisturizer jea. Andd yang paling sadis I pakai baju buruuk! Shoot! I SELEKEH GILS OKAAY PAGI NIE!!!

Hahaha but, I LOVE MY SATURDAY SO MUCH! Bhahaha ayat geli kaan? Okay dah stop. Mari kita layan gambar.


:: Hello people, meet Marsya Maisarah ::


:: Marsya tunjuk hasil lukisan I yang telah dikaler oleh Nabila. Belakang tue Kak Azy tengah bercucuk tanam kat ladang Farmville. And yang kat pintu masuk tue, my Awe. He's Kelantanese and dia baaaik sangat okay. ::


:: Ini Nabila, kakak Marsya. Okaay ofis I mmg tengah bersepah cuz kami nak pindah. So kotak bersepah sana sini. ::



Dah habis kemas, kami pergi makan kat Kotaraya. Then lepas makan Kak Azy nak cari barang kat UO *Yep UO, bukan OU. 'Untung Orang ramai'. Jangan tanya kenapa bukan UOR*. Tapi si Marsya nak tengok ikan pulak. So Kak Azy suruh I jaga Marsya and dia masuk cari barang. Okay laa I memang suka pun. Jums tengok gambar lagi.


:: I lupa nak rotate, sorry. ::


:: I, Marsya and Maisarah. Mai memang gituu. Haha. ::


:: Comot kan? Dengan muka tak berbedak, ada jerawat pulak. Haihh. ::


:: Oleh kerana I dah expert bab budak-budak nie, I pancing Marsya dengan belikan dia Rocky Strawberry. Andd I paksa dia bukak Rocky masa tue jugak cuz I teringin nak rasa! HAHA dasar dagu berlapis! ;D ::

Sunday, June 20, 2010

Oh Abah!

Masa umur I enam tahun, abah hantar I pergi sekolah Tadika Kemas naik Vespa. Kalau hujan, abah tukar naik Volkswagen plak. Abah hantar dan jemput I hari-hari without fail. Abah tak pernah lambat kalau jemput I. Pukul 11 pagi abah mesti dah ada kat luar sekolah.

Masuk darjah satu, I pergi sekolah sekali dengan Kak Zah. So, I akan berdiri kat depan. Bila I berdiri, for sure rambut I kena angin. Sampai sekolah, abah keluarkan sikat dan sikat rambut I cantik-cantik. Darjah dua dan tiga I pergi sekolah duduk belakang sebab I sekolah sesi petang. So rambut I jadi elok. Tapi ada satu hari tue, rambut I macam kusut masai. Abah keluarkan sikat dan nak sikat rambut I macam biasa. Sekali abah terkejut. Rupanya ada bahagian rambut I yang hampir botak. Nak tak nak I terpaksa cerita yang mana I suka simpulkan rambut kecik-kecik, then I cabut rambut yang bersimpul tue. I tak tahu pulak sampai botak.

Oh yea, abah suka usik I setiap kali nak hantar I pergi sekolah. Kadang-kadang abah sengaja pakai kopiah, songkok dan topi (cap bukan helmet) masa nak hantar I. Sebab dia tahu I tak suka. Nanti I cakap: Alaaa, malu laa bah...Ntah lah, tapi masa tue I rasa maluuu sangat if abah pakai macam tue, lebih-lebih lagi kopiah. Hehehe.

Masuk sekolah menengah, abah dah tak hantar dan jemput I lagi sebab I duduk asrama dua tahun. Then bila I keluar asrama, I pergi sekolah tumpang orang dan balik naik bas. Tapi abah tetap setia hantar dan jemput I pergi tuition.

Bila I dapat sambung diploma, abah sekali lagi setia menghantar I ke Machang, Kelantan. Habis diploma tiga tahun, abah jemput I pula di Machang. Alhamdulillah, I berjaya habiskan diploma dengan keputusan yang baik.

Okay bila masuk degree, I berjaya sambung di Segamat Johor. Abah hantar I ke Segamat plak. Tapi masa kat Segamat, macam-macam berlaku. First day duduk rumah sewa, I menangis tak henti-henti sebab takde kawan dan terpaksa duduk bilik bawah sorang-sorang! Abah call tanya kenapa menangis dan suruh I berhenti menangis dan 'cuba' berkawan dengan housemates baru. Abah suruh I angkat tilam dan tidur tingkat atas dengan kawan-kawan. Okay I cuba. Malam-malam pukul 12.30, abah msg tanya I boleh tidur atau tak.

Esoknya, pagi-pagi lagi abah dah call suruh siap-siap untuk cari rumah sewa baru. Abah bertolak dari BP ke Segamat semata-mata nak carikan rumah sewa baru untuk I. Akhirnya I jumpa rumah sewa baru kat Taman Laksamana. So I pindah ke rumah sewa baru. Bila dah okay dengan housemates, I ada problem dengan classmates plak. I nangis lagi dan bagitahu abah yang I nak pindah semula ke Kota Bharu. Abah suruh I fikir masak-masak dan abah kata keputusan semua atas tangan I. Akhirnya I amek keputusan untuk pindah semula ke KB dan teruskan degree kat sana. Alhamdulillah, akhirnya I berjaya habiskan degree dengan keputusan yang baik juga.

Sekarang, I dengan rasa rendah diri, nak mintak maaf banyak-banyak kat abah sebab I rasa I paling banyaak susahkan abah. I selalu bebankan abah dengan masalah remeh-temeh I tue. Abah banyak berkorban wang, tenaga dan masa dia untuk I.

:: So, I nak ucapkan terima kasih banyak banyak banyak pada abah I, Azman bin Mohd Arif, untuk SEMUA BENDA. Zaty gembira hari ini sebab abah. Zaty bahagia hari ini sebab abah. Zaty berjaya hari ini sebab abah. Terima kasih, abah! :') ::


:: The greatest gift I ever had came from Allah S.W.T, and I call him Abah! ::


:: Sometimes the poorest man leaves his children the richest inheritance ::


"SELAMAT HARI BAPA, ABAH"



Monday, May 31, 2010

when my baby gems turns fourteen ;)

Hari ini, baby gems I dah menambah satu lagi angka ke umurnya. Dah 14 tahun, so dah tak boleh panggil baby gems. Sebab dia pun dah jadi seorang remaja lelaki yang macho dan sedikit pendiam. I tak pasti samada memang semua remaja lelaki macam itu atau adik I dua orang tue jea. Sebab seingat I, masa Haziq di alam remaja pun dia berubah jadi sedikit pendiam. Proses keremajaan, MUNGKIN!

Tapi ketahuilah, I dan Kak Zah memang rinduuuu sangat dengan adik lelaki bongsu yang banyak cakap dan sukaa amek gambar! Kan kak? :')

Me and my baby gems:




He loves camera so much rite? :')


Me and my good-looking brother:



See how's his smile expression? Sangat terpaksa okayy! Pffftt -.-''


----------------------------------------------------


Dia dah tak suka bergambar dah. Padahal dulu pantang nampak camera!

Takpe lah, walau apa pun, I tetap sayaaang dia. Sayaaaang sangat! Even I rasa dia takde lah sayang mana kat I. Sebab tue I buat entry khas untuk dia, sempena 'comeback' I dalam dunia blog! Teehee :')


"SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-14, MUHAMMAD ZIKRI AZMAN"



Belajar rajin-rajin, buat mak abah bangga dengan Yie, daan jangan malu-malu cuz you have something special, Pupuk!
*I miss to call you with that name*



Kak Tie sayaaang Yie ♥

Monday, March 22, 2010

it's new!


I want something pinkie and simple..


This is the result!


Ignore the "I LOVE YOU" thingy btw ;p


I am not in love!

Saturday, December 5, 2009

B.R.B

psssttt..























ada orang rindu saya tak?






B.R.B =)