Wednesday, July 29, 2009

birthday boy


:: siapakah lelaki misteri di sebalik sapu tangan ini? mari kita terjahh..layannnn ::

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Selamat Hari Lahir yang ke-19 untuk adik lelaki tersayang (perghh jangan ada yang jeles panggil sayang sayang nie..ai kan kelakar..tettt!!! =p), MUHAMMAD HAZIQ BIN AZMAN yang kini berada di uniten, bangi..

sedikit gambaran tentang birthday boy, beliau seorang adik yang sempoi dan simple..sentiasa cool dalam apa jua keadaan dan jarang mengamuk atau memberontak..sgt kelakar dan hormat orang tua..sukakan muzik dan makanan..beliau juga terror mencuri hati wanita, sebab tue sentiasa double, jarang nak single..hehe..okay dah-dah cukup kata-kata pujian, sekarang tiba masa untuk 'membasuh'..

ucapan cliche; semoga berjaya dalam hidup dan mencapai apa yang dihajati..

ucapan kurang cliche dan agak berbisa; semoga kamu menanam azam dan cita yang baru untuk lebih berjaya..buktikan pada khalayak yang kamu bukan loser seperti yang disangka..jangan terpengaruh dengan benda-benda yang kurang elok seperti dota dan rota (cehhh koverline baekkk punyaa..hahaha..), jangan boros sebab 'ekonomi krisis', jaga diri hiasi peribadi, ingat pesan nenek, abah, mak, kak zah & makcik..diaorang sayang awak, sebab tue diaorang ambil berat pasal awak..awak kena hargai tu..sebab bila orang dah tak peduli tentang awak, bermakna orang tue dah tak sayang awak dan tak kisah apa yang baik & buruk untuk awak..tue lagi tak best kan? so hargai dan sayangi orang di sekeliling kamu :')

kita sebagai kakak, sentiasa doakan awak berjaya dann bla bla bla (ala yang macam dalam msg tue, malas nak taip balik..hehehe..) okay?

emm walaupun kita berdua tak rapat sebagaimana ejah dan yie (sebab masa tue awak lebih rapat dengan ejah..siapp panggil ejah sayanggg lagi..opps haha..), tapi kita still ada kenangan bersama..ingat lagi dulu masa pergi ngaji kat umah Cikgu Majid, kita selalu cubit awak kan? kesiann awak..hehehe..tapi kita masih sudi boncengkan awak naik basikal merah kak zah..yang paling best lepas habis mengaji, kita pergi kg dalam singgah umah nek som..pastu nek som akan hidangkan biskut tawar dan teh o panas..masa tue memang takde perasaan malu atau segan langsung..umah nek som jadi tempat ngeteh kita..free jea tak payah bayar macam kedai nyonya abah..hahahaha..=D

masa awak kecik awak selalu hilangkan kaler kita and kak zah..pastu awak cakap "abish abish" sambil tangan bukak tutup banyak kali (so guys sekarang dah tahu dari mana atuk dpt inspirasi perkataan 'abish' tue..ke mana tumpahnya lecak kalau tak ke tayar kereta atuk, kan? LOL) masa tue kita and kak zah gerammm sgt dgn awak..pastu nnt kami dua orang membebel ckp cmni "ala mentang-mentang dia sorang anak lelaki, perasan jadi bos!" hahahaha..sorry ziq, we didnt mean it..;)

pastu awak selalu menangis bila kartun kegemaran awak abish..awak cakap kami yang abishkan..maybe masa tue awak ingat kartun tue ialah sejenis makanan yang boleh dimakan sehingga habis..pergghh kecik-kecik dah ada insticnt salah seorang kakak awak bakal jadi perokok pemakan tegar atau pencinta makanan yang suka habiskan kartun kegemaran awak..hehehe..oh yea kat sekolah plak awak jarang jumpa kita untuk mintak duit..maybe sebab awak faham yang kakak awak nie pun tak cukup duit untuk melantak kat sekolah..hahaha..

then kalau kita marah or benci awak, kita akan gunting gambar-gambar awak dengan kita, konon-kononnya tak nak awak ganggu hidup kita laa..cett drama queen betol! so gambar kita banyak yang berlubang-lubang..hahaha..nasib baik sekarang dah canggih, so mana yang tak berkenan terus delete..hehe..:p

emm sedih plak ingat kenangan dulu-dulu..huhu..tapi ia tetap segar di kotak memori kita..cewwahhh..ayat nak best..

okay laa ziq, kita harap awak berjaya memperoleh apa yang awak inginkan dengan syarat, you really work hard on it..bak kata abah, bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang..renung-renungkan dan jangan sampai termenung..;p


:: aziq memang suka mencuba makanan baru..kami maintain sengal..hehe ::


:: kita suka amats gambar nie..nampak ada chemistry physics & biology ::













tulus ikhlas dari;
pemilik video ayat-ayat cinta di handphone kamu ;)

Wednesday, July 22, 2009

super duper HAPPY!!!


okay ramai yang tanya bagaimana hasil presentation saya gara-gara menggelabah tak tentu pasal..being me, saya memang seorang yang sangat teliti dan cerewet dan menggelabah dalam bab-bab presentation nie..walaupun secara luaran saya kelihatan kargo (sila refer ibunda tercinta untuk dapat gambaran yang lebih jelas tentang maksud perkataan itu), tapi bila kena berdiri kat depan dan bercakap, saya jadi kecut kedembot plak (sila refer lagi pada mak di batu pahat)..tetapi bila saya dah mula bercakap dan merasai keseronokan bercakap di hadapan, saya rasa sayang pula nak tamatkan presentation tersebut..betol laa kata org, tak kenal maka tak cinta, tak cuba maka tak rasa..hahaha..

okay pasal presentation semalam, saya memang menggelabah sangat-sangat sampai tak lena tidur, semangat mandi pukul 5.30 pagi, pergi kelas takmau jalan kaki sebaliknya sanggup bayar seringgit untuk naik teksi dan datang kelas seawal 7.15 pagi! sampai kat kampus tengok keadaan masih lengang lagi sehingga pak guard tegur, "awal sampai pagi nie?" pertanyaan hanya dijawab dengan senyuman..then sampai kelas letak bag terus ke bilik air sebab nak betolkan tudung gara-gara tudung dah senget kena angin masa naik teksi..(-_-")

lecturer yang muka beliau ala-ala Anwar Ibrahim datang tepat pukul 8 pagi..kemudian terus susun kerusi dan duduk di hadapan kelas bersama discussant masing-masing sambil meng'revise' balik nota..saya presenter yang kedua dan discussant saya ialah zana..okay style lecturer nie, setiap presenter perlu ada seorang discussant..dan discussant tersebut perlu tahu keseluruhan isi yang perlu dibentangkan..discussant perlu menyelit bersama hujah sendiri ketika presenter sedang present..kiranya discussant bagi additional info laa..then discussant perlu menolong presenter jika presenter tidak dapat menjawab soalan ketika sesi Q&A..cool kan? :)

kemudian tiba laa masa yang ditunggu-tunggu..lepas rosmawati tamat present, lecturer suruh presenter kedua pula present..saya bangun dengan yakinnya walaupun dalam hati dup dap dup dap..ya ampunn mmg nervous giler..untuk 3 slide yang pertama, saya lebih kepada membaca point di slide tersebut..selepas mendapat 'rentak', saya mula menggunakan ayat sendiri which is saya rasa saya suke dgn keadaan tersebut di mana saya perlu menggunakan kepakaran saya untuk membina ayat dan menggunakan perkataan english yang sesuai..akhirnya, habis 12 slide dan sesi Q&A bermula..out of six, hanya lima soalan yang berjaya dijawab dengan hujah yang bernas, lagi satu lecturer kata tidak relevan..hahaha..

then sesi penilaian dan komentar..serious rasa macam peserta rancangan realiti bila lecturer nilai dan komen satu per satu..alhamdulillah saya terima komen yang positif; slide menarik, penggunaan perkataan bahasa inggeris yang tepat, boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan baik dannnnn yang paling menggembirakan bila lecturer umumkan markah..

"untuk presenter pertama, saya bagi 80 markah sebab awak nombor 1 (means dia turn pertama) dan presenter kedua, saya bagi...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

90 markahh", diiringi dengan tepukan dari rakan-rakan..sumpah terharu :')

masa dia nak umumkan tue saya budget dapat markah rendah sedikit dari presenter pertama sebab tak dapat jawab semua soalan, sedangkan presenter pertama dapat jawab kesemuanya..so, saya pun tunduk jea laa ala-ala gadis yang redha dan akur dengan jodoh pilihan ibubapanya..hehehe..

then lecturer tanya, "happy?" "yes, thank you Dr." "okay good"

sumpah gembira sangat masa tue sebab rasa segala penat lelah 'dibayar dan dihargai' bak kata amy search dlm iklan celcom, berbaloi-baloi..:)

keluar kelas rakan-rakan ucap tahniah dan tanya apa rahsia..hehehe..takde rahsia sebenarnya, cuma saya banyak membuat rujukan dari internet, memberi contoh yang relevan dengan tajuk, memahami isi yang ingin disampaikan, guna ayat sendiri yang simple, bukan ayat buku teks atau internet yang bombastik itu, praktis berpuluh kali di rumah sewa dan JANGAN MEMBAWA SEBARANG KERTAS KE HADAPAN kerana anda dianggap tidak bersedia dan tidak membuat 'homework'..

kegembiraan berterusan bila masuk ke kelas Dr. Nik Maheran..beliau menyuruh siapa-siapa membaca sebuah artikel..any volunteer yang boleh berbahasa inggeris dengan baik, membaca dengan penuh emosi dan bercita-cita ingin menjadi seorang pengacara..

tiba-tiba ada beberapa orang yang berkata; fafau fafau, media prima, sapa yang nak kerja media prima tue, ohh siapa yang dapat 90 markah tadi sehingga laa muncul nama 'izzati'

dan Dr. Nik pun bertanya "okay izzati?"

"ohh sure.."

"okay you can read now.."

lepas habis baca kami perlu buat latihan pulak..Dr. Nik bagi masa 15 minit then siapa siap dulu dia kena present kat depan..nak dijadikan cerita, kumpulan saya siap dulu dan Dr. Nik panggil saya ke hadapan untuk 'ganti' beliau jadi lecturer..owh seronokkk sangat masa tue sebab berpeluang menggantikan tempat beliau dan mengajar rakan-rakan lain :)

well, hari semalam memang hari saya..seronok dan teruja rasanya..cuma kadang-kadang ada jugak rasa tak selesa..takut kawan-kawan kata saya tamak dan over exposed pulakk..cewwahh nak jugekk dilabel tamak dan over exposed macam fafau..hahaha..tapi tue laa, meminjam kata-kata David Beckham,
It doesn’t affect me. You can’t be liked by everyone. (thanks En. Faiz for the quote..baca blog kamu dan jumpa plak quote tue..it sounds great ;p)

oh yea, semalam birthday someone..so, saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR pada sepupu kesayangan saya yang comel ketika berusia 9 bulan, si ninj@_meLayu..awak memang best..kita kagum dengan cara pembawakan diri awak yang sentiasa humble dan mempunyai PR yang bagus..pandai jaga hati dan pandai ambil hati..tak lupa juga pandai makan pedal pasar malam seksyen 6..hahahaha..JK ;B

SELAMAT HARI LAHIR juga pada nenda tercinta, Hajah Zainon bte Shufa'at..esok birthday nenek..semoga nenek dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..maaf tak dapat balik untuk kenduri minggu nie..terima kasih sebab nenek bersusah payah carikan nombor hp Cik Nik untuk zaty..zaty sangat-sangat menghargainya..nnt kalau zaty dah dapat lesen, zaty bawak nenek jalan-jalan gie BP Mall naik kereta atuk k..hehehe..

to july's babies; atuk, aunt azmah, haziq, nony dan shawal, HAPPY BIRTHDAY DARLINGS..sayanggg kamu semua! :-*

Sunday, July 19, 2009

doa kami :')


okay excited giler update blog sebab baru pas borak dgn ejah..cerita tentang baju raya, hiburan, pelajaran dan kehidupan..

and then di akhir perbualan ejah sempat pesan, hari selasa nie adik ada presentation..doakan adik ek sbb kalau adik punya presentation bagus, adik dapat pergi balik pulau, kat pulau pinang..

then dengar yie plak pesan, doakan yie jugak..hari rabu nie yie periksa..

baik lah adik-adik, kak tie sentiasa doakan kejayaan adik-adik..semoga kalian berjaya buat yang terbaik..:')

ironinya, hari selasa nie kak tie ada individual presentation jugak..subjek strategic management, pukul 8 pagi..doakan kak tie yea..

oh yea, para pembaca sekalian, doakan kami jugakk..insyaallah kejayaan milik bersama :')


:: rindu ::

Friday, July 17, 2009

praktikal


okay, macam mana nak cerita eh..borang praktikal dah keluar dan saya pun dah isi..cuma yang menjadi masalah, tarikh praktikal tersebut..

kami diberi dua pilihan, samada ingin memulakan praktikal pada 15 November 2009 dan habis pada 2 April 2010 kemudian cuti seminggu untuk mempersiapkan diri untuk jalani viva, ATAU

mula praktikal pada 23 November 2009 dan habis pada 9 April 2010 kemudian tanpa cuti terus jalani viva..

yang paling menarik ialah tarikh akhir keseluruhan peperiksaan uitm jatuh pada 15 November jugakk..huhuhu..

macam mana eh..sbb kalau paper saya berakhir pada 15 Nov, bermakna saya tak sempat nak cari rumah sewa lain (if kena praktikal kat luar KB tapi still dalam kelantan) dan saya tak sempat nak ke tempat praktikal tersebut (if dapat praktikal kat luar kelantan seperti yang diidamkan)..manakala kalau saya pilih tarikh 23 Nov, saya tidak diberi sebarang masa untuk get ready for viva..*sigh* sgt tensi okeh (-_-")

lepas tue kalau bernasib kurang baik, dapat advisor yang 3 orang tue, mereka tak benarkan saya jalani praktikal kat luar kelantan sebab setiap minggu wajib jumpa advisor..emm saya dah tanya
pada lecturer kesayangan saya tentang perkara nie..jawapan beliau: actually it depends on your advisor..for me, you dont have to see me every week since we have the technology, ada email, YM sume tue..i galakkan you buat kat luar..

see? beliau sangat open minded kan? sgt optimistik..sebab itu saya sayanggg sangat kat beliau..saya berharap sangat dapat pilih beliau sebab saya bercadang nak buat praktikal kat MPB dan setahu saya, beliau sukaaa sgt turun KL sebab nanti beliau boleh singgah pavilion, seterusnya beli handbag dan kasut baru..hahahaha..FAKTA tauuu..tak tipuuu..

so besar laa harapan saya sekiranya dapat pilih beliau sebagai advisor saya..doakan saya agar impian jadi kenyataan :')

pengajarannya, jangan laa menyesal dan merungut dgn apa yang Allah dah bagi dulu..kelak awak sendiri yang menyesal tak sudah-sudah..






kena dok kelantan 10 bulan seyh kalau tak dapat chance buat kat luar..padan muka hakuuuu ;(