Monday, September 14, 2009

hujung minggu bersama artis kegemaran

hujung minggu bersama artis kegemaran memang menyeronokkan..apatah lagi bila mendapat layanan yang elok dan molek..mari kita mulakan..

hari jumaat lepas modul, saya terus bergegas ke KB Mall dengan doa dan harapan Si Kacak Adam masih setia di situ..doa dimakbulkan bila saya nampak segerombolan manusia mengelilingi meja di depan kedai BATA..ya Adam setia menunggu saya :')

keadaan tidak berapa sesak tetapi saya masih perlu memboloskan diri agar dapat bertemu Adam..wajah pertama yang saya nampak ialah si gadis manis-cantik-menawan-kurus-tinggi-putih ini..
:: dia memang lawa..i tell you..cantik dan segar sangat::


selepas itu mencari-cari wajah kesayangan hamba, Si Kacak Adam..akhirnya jumpa jugak..dia memang sangat cool dan charming! bila dapat jumpa muka-ke-muka, saya terus buat pengakuan dengan nada teruja;

saya: I minat Adam Nurkasih!

Adam: Iye..terima kasih..nama sapa? (sebab beliau nak sign kad raya)

saya: Izzati

Adam: eja?

saya: I.Z.Z.A.T.I

Adam: okay..kejap yea..

ohh Adam memang sangat best! atas kad raya saya, dia siap buat tambahan nama..orang lain takde tau..saya seorang jea yang ada..teruja!

:: gigih tanya nama peminat untuk sign kad raya ::


:: gigih bergambar juga ::


:: close up..see betapa dekatnya I dengan Adam? ahaks! ::


:: Si Kacak Adam dan Si Terlebih Isi Izzati (obviously nampak saya lagi besar okay!) ::


:: taadaa..dari Adam untuk saya ::


baik lah cukup cerita tentang Adam..kita beralih ke cerita tentang bazaar ramadhan pula..seperti yang semua sedia maklum, HOTFM dan Hotlink telah bersetuju untuk mengadakan Bazaar Ramadhan di KB Kelantan..dan saya adalah insan yang paling gembira sebab acara tersebut diadakan dekat dengan rumah sewa saya..

saya pergi bersama housemate, k.Intan dalam pukul 5.30 petang dan orang pertama yang saya nampak ialah penyampai radio dan pengacara TV kesayangan, Fara Fauzana @ Fafau..beliau sibuk menjerit "nasi ayam, nasi ayam" sebab beliau bertugas untuk menjual nasi ayam..Anne pula jual laksam, Zura jual nasi dagang, Kieran jual air, Leya jual nasi kerabu, Tini jual ayam percik, AG jual kuih-muih dan Ikhwan saya tak ingat dia jual apa..FBI tak datang sebab busy shooting..

Fafau offer saya nasi ayam 4 bungkus RM7..saya macam teruja giler sampai tak sedar yang saya setuju dan terus bagi duit..lepas tue saya terus ajak Fafau bergambar..

FF: bolehh..eh cantik baju awak (sebab saya pakai baju HOTFM Minijam yang dibeli di BP) nanti kita bagi awak satu yea..

saya: senyummm jea sebab macam tergamam..haha poyos..

lepas tue saya buat-buat pergi gerai penyampai lain, konon-konon macam minat diaorang gak lah, padahal datang nak jumpa Fafau jea..haha! First pergi gerai Tini..dia nampak baju saya..then dia tanya;

Tini: ehh you pergi minijam kat mana nie?

saya: ohh kat Batu Pahat..

Tini: you bukan orang sini?

saya: bukan, I study kat UiTM sini..

Tini: ohh UiTM Machang eh?

saya: tak, UiTM Kota Bharu..

Tini: I see..amek apa?

saya: finance..

Tini: ooo..so, you all selalu dengar radio apa yea? kat sini Hot clear tak?

saya: I memang dengar Hot..tapi kawan-kawan I ramai yang dengar SuriaFM sebab Hot tak clear kat rumah sewa..kalau kat kampus baru clear..

Tini: ohh I see..

then ada reporter dari Berita Harian nak interview Tini, saya beralih ke gerai AG..AG jual kuih lompang uols..then saya sengaja tanya;

saya: ini kuih apa?

AG: ini nama dia, kuih aaa saya pun tak tahu..(serious lawak bila dia sengaja buat muka blur)

saya: ohh..

AG: I rasa you mesti bukan orang sini kan?

saya: haha..aah I orang Johor..(sengaja cakap orang Johor sebab AG pun orang Johor..konon-konon nak create conversation lah..haha)

AG: Johor kat mana?

saya: kat Batu Pahat..

AG: so kat sini buat apa?

saya: study kat UiTM..

AG: ohh..belajar betul-betul eh..

then saya dengar Anne & Kieran panggil semua penyampai dan artis (Nubhan, Adam, Black dan Sofaz) naik stage dan diaorang ajak semua pengunjung beratur depan stage untuk sesi bergambar dan sign autograf..saya terus tarik k.Intan beratur depan stage..tapi nak tahu takk..orang Kelantan ni pemaluuuuuu sangat..diaorang just duduk kat tepi-tepi tue jea dan hanya kami berdua yang beratur depan stage tu..lepas tu zoomers HOTFM ajak kami naik atas..saya macam malu-malu lah sebab orang lain tak naik pun, kami berdua jea yang naik..tapi AG kata; biar diaorang tak nak naik..at least you all berani naik stage..pergh pergh bangga I sebab hanya kami berdua jea pengunjung yang ada kat stage tu..so, I lah yang memulakan sesi bergambar dan sign autograf tu..

masa kat atas tu, sekali lagi Tini tegur saya;

Tini: okay thank you, I akan ingat you sebab you beli ayam percik I tadi..

saya: ohh no problem..

then masa ini Leya yang ada kat sebelah Tini tegur saya dengan soalan yang sama;

Leya: you pergi minijam kat mana?

saya: kat Batu Pahat..

Leya: you orang Batu Pahat?

saya: aah..

Leya: Anne oh Anne! Anne! Ini haa dia orang Batu Pahat..

Anne: ohh I suka kuih-kuih kat Batu Pahat..

saya: yea ke?

tiba-tiba ada zoomers Hot menyampuk..

zoomer: saya pun duduk Batu Pahat jugak..Batu Pahat kat mana?

saya: Peserai..Batu Pahat kat mana?

zoomer: Taman Koperasi

ohh rasa macam Jejak Kasih pulak bila ramai orang sibuk-sibuk pasal Batu Pahat (so, moral of the story, kalau nak datang event HOTFM pakai lah mana-mana baju HOTFM..sure sume penyampai tegur sebab diaorang tahu kita setia sokong HOTFM, cewwah) then bila saya dah nak turun dari stage, baru Fafau naik untuk join diaorang..so saya patah balik and amek gambar & autograf Fafau..

lebih kurang pukul 6.20 petang, semua penyampai beredar ke khemah sebelah tapak bazaar untuk melayan anak-anak yatim..masa ini saya perasan yang Fafau tak join dan pergi ke kereta dia..rupanya dia nak salin baju..saya tunggu kat sebelah khemah tu kot-kot lepas ni Fafau lalu..ternyata jangkaan saya tepat bila Fafau datang dengan ber'mask'..dari jauh dia dah lambai dan cakap;

FF: haiii..eh tadi dah bergambar kan? (sambil salam saya)

saya: aah tapi nak gambar lagi sebab Fafau dah tukar baju..Zul, tolong amekkan gambar..(Zul ialah anak buah merangkap pembantu Fafau)

Zul: mana tahu saya Zul? (buat muka pelik)

saya: laa, kata minat Fafau, memang lah saya tahu ;p

lepas bergambar dan dah puas follow Fafau ke sana sini, saya balik ke rumah sewa..and sempat buat lambaian pada Fafau..heheh..

alrite mari layaannn gambar-gambar :)

:: Anne dan Kieran ::


:: k.Intan, Fafau dan Izzati ::


:: FF yang paling digemari ::


:: saya dan Tini ::


:: AG dan Izzati ::


:: bersama Mommy Leya ::


:: Ikhwan yebbah yebbah ::


:: layannn jea ::



Friday, September 11, 2009

Si Kacak Adam

Pengumuman Pengumuman!

hari ini Si Kacak Adam datang ke KB Mall untuk mempromosikan barangan BATA..Adam beb Adam..siapa yang tak teruja nak jumpa Adam Nurkasih (bukan Adam haa haa tak tahu tau)..I teruja habis! Zikri sure jealous nie tak dapat jumpa Adam..;p

yang lebih teruja, esok Sabtu 12 September 2009, HOTFM akan datang ke Kelantan untuk program Bazar Ramadhan Bersama Hotlink..tempatnya dekaatttt sangat dengan rumah saya..jalan kaki 5 minit jea dah sampai..oh seronoknya! thank you Mr. Seelan :)


TAPI.......





























hari ini dan esok saya ada modul 4..wajib hadir sebagai syarat kelayakan untuk grad degree T_T



Thursday, September 10, 2009

entry tiada tajuk

petang tadi ada taklimat tentang praktikal..pelajar dah dapat tempat praktikal baru nak buat taklimat..huhu..masa tengah khusyuk dengar taklimat, handphone saya tiba-tiba vibrate..tengok skrin nombor KL yang 'naik'..hati dah berdebar dan tidak keruan..bestfren suruh jawab jea panggilan tue..

saya: Hello..

xxx: Hello Cik Nur Izzati?

saya: yea saya..

xxx: saya dari One World Hotel..

saya: oh yes..sekejap yea..

xxx: you dalam kelas ke?

saya: yup, kejap yea..

(cepat-cepat keluar dan hati menyanyi girang)

saya: yea Encik sorry saya ada taklimat..

xxx: it's okay..regarding your application, kami sudah terima you punya resume..

saya: ohh okay..

xxx: but on that date, quota sudah penuh lah..

saya: ohh yea ke..so under finance department pun dah penuh ke?

xxx: iye..jadi kami call just nak bagitahu yang kami tak boleh bagi you tempat lah..so sorry..

saya: ohh it's okay..thank you for calling..

xxx: okay bye..

pergh sedih seyh sedih..kecewa pun yea jugak sebab application kena reject..dan menyesal sebab lambat sangat apply..kalau cepat sikit mungkin ada tempat untuk saya sebab saya baru jea anta resume ke One World 1 September yang lalu..tak sampai 2 minggu dia dah call dan bagi jawapan..tempat lain kena tunggu 3 minggu baru ada jawapan..hmm itu lah masa tue macam yakin sangat MP akan bagi feedback..rupanya sampai sekarang tiada sebarang jawapan T_T

kalau tak pasti kak zah dapat housemate baru..boleh gie kerja sekali..heheh..takpe mungkin bukan rezeki saya :)

balik dari taklimat singgah KB Mall..kemudian macam biasa singgah kedai handphone..terus jadi 'goodmood' sebab stok baru Blueberry dah sampai..dan harga turun lagi sepoloh hengget..best best..thank you pemilik kedai :)



Sunday, September 6, 2009

surat buat ibunda

Assalamualaikum ibunda..

Apa khabar ibunda di Batu Pahat? Semoga sihat hendaknya..Seperti yang ibunda tahu, Ramadhan tahun ini anakanda berpuasa di tempat orang yang menjadi kesayangan anakanda, Kota Bharu Kelantan..

Lain pula rasanya bila berpuasa dan berbuka bersama rakan-rakan kerana tahun lepas anakanda berpeluang berpuasa dan berbuka bersama keluarga tercinta..

Buat pengetahuan ibunda, hari pertama puasa anakanda sudah ke Bazar Ramadhan dan berbelanja lebih kurang RM7 untuk membeli juadah berbuka..Ia berlanjutan selama seminggu..Cuba ibunda kira berapa banyak wang yang anakanda habiskan untuk MAKANAN dan MINUMAN sahaja..Eh ibunda jangan salah sangka, tujuan anakanda utuskan surat ini bukan untuk meminta wang sara diri, sebaliknya anakanda nak bercerita tentang pengalaman anakanda memasak bersama rakan-rakan bagi mengatasi masalah boros ketika berbelanja di Bazar..


Apabila rakan-rakan memberi cadangan untuk memasak, anakanda berasa sangat tercabar kerana anakanda mengaku yang anakanda memang kurang pakar dalam bidang masakan ini..Lain lah kalau mereka kata "Kami masak sedap-sedap, Izzati makan jea, okay?" BANYAK CANTIK MUKA AKU kata anakanda dalam hati..Jadi anakanda ambil keputusan untuk turut serta menyibukkan diri di dapur..

Oleh kerana mereka tahu anakanda cucu Haji Arif tetapi kurang arif dalam bab menumis masakan, mereka menyuruh anakanda membuat tugasan yang mudah-mudah sahaja..Tetapi lama kelamaan mereka sudah mempercayai bakat anakanda lantas menyerahkan tugas berat untuk anakanda..Sekarang antara percaya atau tidak, anakanda sudah mempunyai asas dalam bidang masakan..

Anakanda sudah pandai memotong ayam, menyiang ikan pari, menyiang sotong, menghiris pedal, menghiris ikan masin halus-halus, memotong labu, menyukat garam, gula, asam dan santan ke dalam masakan, membuat inti karipap dan popia, menggulung dan menggoreng popiah serta menyediakan sos pencicah popia..Cuma satu jea, anakanda belum pandai 'kelim' karipap..

Baiklah tanpa membuang masa, anakanda mempersembahkan jenis masakan yang telah dimasak bersama untuk hidangan berbuka..

MASAKAN PERTAMA
:: Sardin Goreng Kentang ::
:: Sayur Lemak Kerang ::
:: Telur Dadar ::
:: Cucur Sayur ::

MASAKAN KEDUA
:: Ayam Masak Merah ::
:: Sayur Lemak Labu ::
:: Sup Sayur ::
:: Sayur Bayam Goreng ::
:: Cucur Bilis ::

MASAKAN KETIGA
:: Asam Pedas Ikan Pari ::
:: Sayur Campur ::
:: Telur Dadar ::
:: Bubur Kacang ::

MASAKAN KEEMPAT
:: Tom Yam Ayam ::
:: Telur Dadar ::
:: Karipap ::
:: Sambal Kicap ::

MASAKAN KELIMA
(Maaf tiada gambar kerana bateri handphone mati dan kepenatan)
:: Sambal Tumis Sotong ::
:: Ayam Masak Kicap ::
:: Telur Dadar ::
:: Bubur Pulut Hitam ::

MASAKAN KEENAM
:: Kari Ayam ::
:: Pedal Masak Kicap ::
:: Sayur Kailan Ikan Masin ::
:: Popia Goreng ::

Maaf dipinta kerana kualiti gambar kurang memuaskan..Jadi mungkin ibunda tak perasan mana satu Cucur Bilis sebab dalam gambar seakan-akan Ayam Goreng, mana satu Sardin Goreng Kentang sebab dalam gambar seakan-akan Paceri Terung dan lain-lain lagi..Walaupun begitu, rasanya tetap enak dan lazat..

Oh yea buat pengetahuan ibunda, rakan-rakan anakanda sudah pandai menggunakan perkataan "Mentong" ketika mahu makan buat kali kedua..Anakanda yang mengkomersilkan bahasa Jawa tersebut dan nampaknya mereka gembira untuk menyebutnya walaupun mereka menyebut "mentong" seperti sebutan Emak instead of "mentong" seperti sebutan Epal..

Baiklah, sampai di sini sahaja surat anakanda buat ibunda..Kirimkan salam sayang dan rindu pada ayahanda dan kekanda..Sesungguhnya anakanda amat berbesar hati dapat berkongsi cerita dan pengalaman dengan ibunda..Cuma satu benda jea anakanda nak bagitahu ibunda..
















PROGRAM DIET ANAKANDA TERJEJAS GARA-GARA MASAKAN DI ATAS





Salam sayang di perantauan,
Anakanda Izzati



Friday, September 4, 2009

tiada rezeki

baik lah untuk pengetahuan pembaca, saya tak menang pun Blackberry untuk peraduan Lagu 1 Malaysia HOTFM..mungkin slogan tak cukup kreatif atau mungkin jangkaan saya tak tepat..saya undi lagu Maya Karin, sedangkan pemenangnya ialah Faizal Tahir..


daaannnn


Blueberry-i yang saya dah lama aim tue pun telah dijual pada orang lain..abang kedai tue kata saya lambat sangat sedangkan dia dah tawarkan harga yang paling murah untuk saya..stock pun dah habis..kalau saya nak, dia boleh tolong orderkan tapi saya kena bayar deposit dulu sebab dia takut bila dia dah order, saya tak jadi beli pulak..nanti dia yang rugi..so saya try riki-riki kat kedai lain..ada memang ada tapi harga dia melebihi budget saya..padahal mc sama jea 1 gb..

memang sedikit hampa sebab abang tue memang dah letak harga paling cunn dah..cuma silap saya terlalu yakin yang saya boleh menang Blackberry dari HOTFM..hmm takpe lah mungkin bukan rezeki saya..

oh yea petang tadi ada nombor yang tidak dikenali call..bila saya angkat, dia kata dia dari RHB Permas Jaya..saya dah gembira sebab saya ingat panggilan untuk praktikal..sebab kebetulan memang saya ada apply untuk buat praktikal di RHB Batu Pahat atau mana-mana cawangan di Johor..rupanya dia nak bercakap dengan ayah saya..huhuhu..hampa lagi sekali..takpe, mungkin bukan rezeki saya jugak..







Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusanku dan keluargaku..Amin..