Wednesday, December 8, 2010

My Highest Achievement *Kononnya*

Assalamualaikum.

Kabare? Waras? Wahh ngomong Jawa puleee. Heee.

Baiklah, sekarang I dah jadi Full Time Housedaughter plus Freelance Dreamer plus Freelance Baby-Sister! All in one baybeh! ;D

Actually, contract di PCMS dah habis, so now tunggu offer letter jea lah. Bukan tak nak sambung terus, but I really need time to think wisely. It's about my own future kan. So kena fikir masak-masak, sampai hangus terbakar!

But overall, Im satisfied with my performance at PCMS. Waah diri sendiri puas hati dengan diri sendiri. Bolee gituu? Heh. Kat sana I buat bank recon, and Pn S kata bank recon is not an easy job. Kena banyak-banyak bersabar sebab it is such a complicated task. Kerjanya lebih kurang cani lah; You kena cleared kan cheque shareholders one by one mengikut bank statement, in order to make it balance. Paling banyak I buat 1400 shareholders sebulan. Paling sikit 50 shareholders sebulan. So kalau banyaak, it takes me around one week to settle up. Kalau tak, sehari pun boleh siap. :)

Lepas tuu, ingat tak I ada update status kat facebook, I tulis; Super cuaaak! Haa actually masa tuu Kak S (dia assistant Pn S) kena settle kan personal matters dia kat luar, so dia pesan pada assistant dia, Kak A, suruh I siapkan report shareholder analysis untuk tiga kaunter terus; Kulim, QSR & KFC. Woaah!!

Oh my! Cuaaak sangat okaay! Sebab I tak pernah buat report tuu, before this around two months ago, Pn S just suruh Kak S ajar I yang basic-basic jea. Pn S kata study dulu sket-sket, fahamkan macam mana nak dapat value ni, macam mana nak dapat percentage ni, macam mana nak guna share system online and so on. So I study report-report yang Kak S dah pernah buat dulu.

Sebab tuu bila I diberi tugas untuk buat report, tiga kaunter sekaligus, I MEMANG CUAAAKK SANGAAAT! Bayangkan laa, I study pasal report analysis tuu dua bulan lepas, lepas tuu teruss takde buat apa-apa report sebab busy siapkan bank recon, lepas tuu tiba-tiba kena siapkan tiga report petang tuu jugee. Huuu honestly, I ingat-ingat lupa jea cane nak buat report tuu. Nasib baik masa study tuu, I jot down the steps. Sebab dia banyak steps and kena hafal several formulas.

So I start buat report KFC dulu. Baru 1/4 siap, Kak S pun balik. Alhamdulillah syukur! Heee. Then Kak S kata I just continue buat report KFC, biar dia siapkan Kulim and QSR punya. Alhamdulillah I managed to finish it up at 6.30pm. Huuu memang agak lamaaa I amek masa untuk siapkan satu report, lebih kurang empat jam kot! So bayangkan kalau tiga report, memang sampai esok baru nak siap agaknyaa. Isyhh tak produktif langsung I ni kan. Nevermind, the most important thing is my KFC's shareholder analysis report is balanced! Teehee. :')

Sebab tuu I kata I puas hati dengan performance I di PCMS cuz I berjaya siapkan satu report. Kiranya my highest achievement in my career laa. Cewwaah! Yea laa, selama nii kan buat kerja admin jea. So this time around buat kerja professional sikit laa. Sikit jeee! Hee. Okay laa sampai sini saje, jumpa lagi next entry kalau ada ! Hehehe ;D


Tuesday, November 16, 2010

Ulangtahun yang pertama!

"HAPPY ANNIVERSARY ME & PCMS"

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Hehehe hari ni cukup setahun I berada di PCMS. Macam-macam benda dan pengalaman yang dah I jumpa dan lalui; baik yang masam, manis, masin, pahit, tawar, wangi & busuk. All in one baybeh!


Apa-apa pun, I hargai semua momento tersebut sebab ia betul-betul mematangkan diri I.


Haihh sedihnya nak tinggalkan 'isi-isi' PCMS. *If dapat offer lain laa. Teehee.*


Akan rindu semuaaanya tentang PCMS. Fullstop. :')


Sunday, November 7, 2010

Blessed Weekend with the Loved Ones!

Haylooo people!

Oleh kerana I dah janji nak update blog, so kena update laa kan. Plus minggu ni banyak benda nak share.

Sebelum tu, burpp Alhamdulillah. Kenyang makan bekalan mak; nasi and sambal tumis udang. Dia punya marvelous tuuu! Memang terbaaaik laa kan. Naaais! ;D

Dimulakan dengan minggu lepas. Hari Selasa malam I balik ke BP, esok paginya, Rabu naik bus ke Shah Alam. Khamis pagi trus ke Rawang. Thanks Mcik, Alan & Jiha sebab teman kitaa! Then Jumaat pagi balik ke BP semula bersama Kak Zah. Okay boleh bayangkan tak last week punya activities yang memang pack ah. Memang kalah Fafau ah. Okay tipuu. -.-

Oh yea sebelum tu singgah Uniten amek Haziq and all his STUFFS! Okay STUFFS kena huruf besar dan bold sbb memang betul-betul STUFFS laa. Cekidaud!

:: Haa amek kau! Tidoo dengan meja warung! HAHA! ::


:: Yeah yeah pis! ;D ::


Haaa terror tak terror kereta Kak Zah muat meja warung bagaii. Hehehe. Jijiq Jijiq, tak sangka dalam diam-diam hang dok niaga warung kat Uniten noooo! Haha actually tuu meja study dia. Lawak ohh. Orang biasa pakai meja ABC yang boleh lipat tuu. Or at least pakai meja kayu yang kukuh macam I punya kat Segamat dulu. Dia siap beli meja cam kat warung punya. Warung-warung pun mahal kott! ;)

So, tiga hari di rumah bersama yang tersayangs sangaaaat seronok! Bayangkan semua makanan yang kitorang nak makan, mak masakkan. Thanks mak for the nasi lemak, paru goreng, sambal tumis udang, asam pedas, sotong masak hitam, udang + sotong goreng tepung, sayur campur, puding & roti telur. Thanks abah for the nasi ayam Gemas, roti canai and roti sardin. Thanks Kak Zah for the KFC. Betul cakap Kak Zah; Kat OU & CS takde makanan-makanan tuu (except for the KFC laa)! Sobs! T_T

Then petang tadi abah, mak, Haziq & Zikri hantar I balik JB sebab tiket bus habis. Lagipun nak bawak tilam n meja warung kayu tuu. So okay laa dorang hantar balik. Sukaaa! =)

Lepas dorang balik, I make over bilik sket since I dah duduk sorang kan. So boleh ubah sana sini. Mak bawakkan langsir kaler PINK! Again, naaaiss! ;)

:: Before: Ohh I just love it to the max! ::


:: After: Mummy! Look how I hang it! Nice kaan? Zaty ubah tempat baju tuu. Okay finee!! Towel, hanger, payung & bakul baju kotor pun nak pink jugeek! Isyh very the gurldix tauu ;p ::


Then kemas bilik sket; sapu sampah, lap (lap guna kain buruk okay, bukan mop since I takde mop kan. nak pinjam Miss M punya takuuut! hoh.) lantai, lap kipas and rearrange barang-barang. Overall puas hati! :)

Oraite, sampai sini aja yaa? Mauu iron baju. Esok kerjaa! Huwaaa! ;D










:: Okay dah rasa nak balik rumah lagi sebab tengok gambar and video budak 'Teh' ini! Ting Tak Ke Ting Tak Ting Tak Ke Ting Tak Ting! Yieee nanti tolong nyanyi lagu ni biar dia menari angguk-angguk geleng geleng. Tsk T_T ::


Saturday, October 30, 2010

Gatai Tangan Noooo!

Haa amek kauu! Edit sana edit sini, dah jadi lain blog ni. Kejap besar kejap kecik. Actually I tak tahu macam mana nak edit font untuk semua entri. Kena buat satu-satu ke?

Ahh nasib laa. Haihh.

Then, for my own sake, I have to change my blog's name. Tapi tak tahu nak letak apa, bantai jea The Drama Queen! HAHAHA sangaat perasan okay.

Alaa I kan kengkonon Drama Queen. Dari kecik okay! Get what I mean? No?! Nevermind then. ;D

Okay belum ada mood nak update. Later okee? See yaaa!


Wednesday, August 4, 2010

My Little Tag Team ♥

Adik lelaki I yang sorang tue kan, memang busy body. I baru on the phone dengan dia, pastu dia tanya: Kak Tie tak buat entry untuk Ejah? HAHAHAHA BUSY BODY GILS OKAAY! Mentang-mentang I selalu buat entry pasal dia, saja laa tue. Kak Zah, sindrom banding-membanding masih wujud kot! HAHA ;D

Okay sementara I kat office menunggu waktu berbuka kejap lagi, I update cerita pasal birthday girl, k?


Well, today's my little sister's birthday, NUR HAMIZAH AZMAN.


So,
SELAMAT HARI LAHIR, SI CANTIK MANIS 17!


Kak Tie sedih cuz tak dapat wish birthday live kat Ejah. Maknanya tak boleh call or text. Sedihh woh. Birthday Kak Tie Ejah tak pernah miss untuk wish pun. Huhuhu never mind, do call me this weekend yaah?

Kak Tie doakan Ejah berjaya untuk SPM tahun ni, seterusnya dapat sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang yang Ejah minat sangaat! Kak Tie tak sure Ejah minat apa, tapi dari soseh soseh Kak Pora and Teropong Inchik Jubir, Ejah minat jadi pharmacist, katanyaaa. Betoi kaaa?! Well, if Ejah minat, bagus laa. Kak Tie sokong sepenuhnya cuz Kak Tie tahu adik Kak Tie mampu jadi seorang pharmacist yang hebat! ;)

Daaan Kak Tie harap Ejah belajar rajin-rajin-rajin-rajin-rajin macam Kak Zah and Abang, so that Ejah boleh dapat good result macam dorang. Please jangan jadi macam Kak Tie (si pemalas penghabis boraih kat rumah), okay? Promise me ya?


Ejah tag team Cakap Bahasa Kedah, SMS Merapu Meraban, Culik + Kacau Siti, Bayangkan Benda-Benda Bodoh Yang Bakal Terjadi, Amek Gambar Gaya Poyo dan Rekod Video Ala-Ala Melodi Kak Tie yang paaaaling BEST! KAK TIE RINDUUUUUUU GILS NAK BUAT SEMUA AKTIVITI TU DENGAN EJAH! :')


Walaupun masa kecik kita berdua selalu bergaduh sampai Ejah ternangis cuz Kak Tie terpatahkan jari Ejah before tidur, tapi Kak Tie sayang Ejah sangat-sangat-sangat-sangat-sangaaaat! I loveeee yuu, adik!




PI ESes;

Pertama: Sekarang kalau hantar Ejah balik Moncheh, masa salam-salam and laga-laga pipi, kita berdua mesti nangis kan? :')

Kedua: Sure Yie cakap entry ni; KELAKAR =D

Ketiga: Ejah jangan banyak cekadaak okay? Nak cekodok boleh, cuz nanti Kak Tie boleh join sekali, kan Kak Zah? BHAHAHA :D

Friday, July 30, 2010

Minggu seronok ;D

Hello yang cantik-cantik dan handsome-handsome belaka! =)

Oh yea, minggu ni merupakan minggu yang menyeronokkan! Isnin dan Selasa I & Mai tidur rumah Kak Eliz, my office mate. Dia mintak teman cuz husband dia outstation kat KL.

Tapi tapi tapi........

I lupa sangat-sangat nak amek gambar. So tak dapat nak tunjuk and kenalkan pada you all mana satu Kak Eliz. Next time okay?

Then, minggu ni seronok sebab
beliau! Auww auww! Ngada ah. Hahaha. Oh I tak sabar nak cerita dengan pendengar setia I; Kak Zah, Ejah & Yie. Tunggu okee? Teehee.

Alritee, ini jea buat masa ni. Alahaaii entry I sangat tak membina dan membosankan.

Saturday, July 24, 2010

I ♥ My Saturday

Hello people! Selamat Hari Sabtu! Hari nie I buat-buat rajin datang ofis, buat OT. Perghh apa ini? Izzati Azman tak balik BP, pastu siap kerja lagi hari Sabtu?! Macam tak percaya kaan? Hehe. Takde laa, actually mmg dah plan minggu nie tak nak balik cuz last week dah balik. Pastu dari semalam dah plan nak datang tolong Kak Azy kemas ofis. Cuz kami dijangka pindah hari Sabtu next week. Sebab banyak lagi yang belum settle, so kena laa buat-buat rajin.

Sebenarnya I dah plan if I mengantuk sangat and rasa malas, I tak nak buat OT. Tapi tadi pagi pukul 9am mcm tue dah terjaga. So bila Mai tanya: Nak pergi ofis? I jawab: Boleh jea. And sebelum mandi I sempat text Kak Azy: Marsya ikut tak? Kak Azy reply: Ikut, baru nak bertolak. Yeaay! Marsya anak dia and I suka Marsya sebab dia comel. Dia pengganti Siti kat JB. Teehee.

I budget takde orang kat ofis, so I malas pakai foundation and bedak. Just pakai moisturizer jea. Andd yang paling sadis I pakai baju buruuk! Shoot! I SELEKEH GILS OKAAY PAGI NIE!!!

Hahaha but, I LOVE MY SATURDAY SO MUCH! Bhahaha ayat geli kaan? Okay dah stop. Mari kita layan gambar.


:: Hello people, meet Marsya Maisarah ::


:: Marsya tunjuk hasil lukisan I yang telah dikaler oleh Nabila. Belakang tue Kak Azy tengah bercucuk tanam kat ladang Farmville. And yang kat pintu masuk tue, my Awe. He's Kelantanese and dia baaaik sangat okay. ::


:: Ini Nabila, kakak Marsya. Okaay ofis I mmg tengah bersepah cuz kami nak pindah. So kotak bersepah sana sini. ::



Dah habis kemas, kami pergi makan kat Kotaraya. Then lepas makan Kak Azy nak cari barang kat UO *Yep UO, bukan OU. 'Untung Orang ramai'. Jangan tanya kenapa bukan UOR*. Tapi si Marsya nak tengok ikan pulak. So Kak Azy suruh I jaga Marsya and dia masuk cari barang. Okay laa I memang suka pun. Jums tengok gambar lagi.


:: I lupa nak rotate, sorry. ::


:: I, Marsya and Maisarah. Mai memang gituu. Haha. ::


:: Comot kan? Dengan muka tak berbedak, ada jerawat pulak. Haihh. ::


:: Oleh kerana I dah expert bab budak-budak nie, I pancing Marsya dengan belikan dia Rocky Strawberry. Andd I paksa dia bukak Rocky masa tue jugak cuz I teringin nak rasa! HAHA dasar dagu berlapis! ;D ::

Sunday, June 20, 2010

Oh Abah!

Masa umur I enam tahun, abah hantar I pergi sekolah Tadika Kemas naik Vespa. Kalau hujan, abah tukar naik Volkswagen plak. Abah hantar dan jemput I hari-hari without fail. Abah tak pernah lambat kalau jemput I. Pukul 11 pagi abah mesti dah ada kat luar sekolah.

Masuk darjah satu, I pergi sekolah sekali dengan Kak Zah. So, I akan berdiri kat depan. Bila I berdiri, for sure rambut I kena angin. Sampai sekolah, abah keluarkan sikat dan sikat rambut I cantik-cantik. Darjah dua dan tiga I pergi sekolah duduk belakang sebab I sekolah sesi petang. So rambut I jadi elok. Tapi ada satu hari tue, rambut I macam kusut masai. Abah keluarkan sikat dan nak sikat rambut I macam biasa. Sekali abah terkejut. Rupanya ada bahagian rambut I yang hampir botak. Nak tak nak I terpaksa cerita yang mana I suka simpulkan rambut kecik-kecik, then I cabut rambut yang bersimpul tue. I tak tahu pulak sampai botak.

Oh yea, abah suka usik I setiap kali nak hantar I pergi sekolah. Kadang-kadang abah sengaja pakai kopiah, songkok dan topi (cap bukan helmet) masa nak hantar I. Sebab dia tahu I tak suka. Nanti I cakap: Alaaa, malu laa bah...Ntah lah, tapi masa tue I rasa maluuu sangat if abah pakai macam tue, lebih-lebih lagi kopiah. Hehehe.

Masuk sekolah menengah, abah dah tak hantar dan jemput I lagi sebab I duduk asrama dua tahun. Then bila I keluar asrama, I pergi sekolah tumpang orang dan balik naik bas. Tapi abah tetap setia hantar dan jemput I pergi tuition.

Bila I dapat sambung diploma, abah sekali lagi setia menghantar I ke Machang, Kelantan. Habis diploma tiga tahun, abah jemput I pula di Machang. Alhamdulillah, I berjaya habiskan diploma dengan keputusan yang baik.

Okay bila masuk degree, I berjaya sambung di Segamat Johor. Abah hantar I ke Segamat plak. Tapi masa kat Segamat, macam-macam berlaku. First day duduk rumah sewa, I menangis tak henti-henti sebab takde kawan dan terpaksa duduk bilik bawah sorang-sorang! Abah call tanya kenapa menangis dan suruh I berhenti menangis dan 'cuba' berkawan dengan housemates baru. Abah suruh I angkat tilam dan tidur tingkat atas dengan kawan-kawan. Okay I cuba. Malam-malam pukul 12.30, abah msg tanya I boleh tidur atau tak.

Esoknya, pagi-pagi lagi abah dah call suruh siap-siap untuk cari rumah sewa baru. Abah bertolak dari BP ke Segamat semata-mata nak carikan rumah sewa baru untuk I. Akhirnya I jumpa rumah sewa baru kat Taman Laksamana. So I pindah ke rumah sewa baru. Bila dah okay dengan housemates, I ada problem dengan classmates plak. I nangis lagi dan bagitahu abah yang I nak pindah semula ke Kota Bharu. Abah suruh I fikir masak-masak dan abah kata keputusan semua atas tangan I. Akhirnya I amek keputusan untuk pindah semula ke KB dan teruskan degree kat sana. Alhamdulillah, akhirnya I berjaya habiskan degree dengan keputusan yang baik juga.

Sekarang, I dengan rasa rendah diri, nak mintak maaf banyak-banyak kat abah sebab I rasa I paling banyaak susahkan abah. I selalu bebankan abah dengan masalah remeh-temeh I tue. Abah banyak berkorban wang, tenaga dan masa dia untuk I.

:: So, I nak ucapkan terima kasih banyak banyak banyak pada abah I, Azman bin Mohd Arif, untuk SEMUA BENDA. Zaty gembira hari ini sebab abah. Zaty bahagia hari ini sebab abah. Zaty berjaya hari ini sebab abah. Terima kasih, abah! :') ::


:: The greatest gift I ever had came from Allah S.W.T, and I call him Abah! ::


:: Sometimes the poorest man leaves his children the richest inheritance ::


"SELAMAT HARI BAPA, ABAH"



Monday, May 31, 2010

when my baby gems turns fourteen ;)

Hari ini, baby gems I dah menambah satu lagi angka ke umurnya. Dah 14 tahun, so dah tak boleh panggil baby gems. Sebab dia pun dah jadi seorang remaja lelaki yang macho dan sedikit pendiam. I tak pasti samada memang semua remaja lelaki macam itu atau adik I dua orang tue jea. Sebab seingat I, masa Haziq di alam remaja pun dia berubah jadi sedikit pendiam. Proses keremajaan, MUNGKIN!

Tapi ketahuilah, I dan Kak Zah memang rinduuuu sangat dengan adik lelaki bongsu yang banyak cakap dan sukaa amek gambar! Kan kak? :')

Me and my baby gems:




He loves camera so much rite? :')


Me and my good-looking brother:



See how's his smile expression? Sangat terpaksa okayy! Pffftt -.-''


----------------------------------------------------


Dia dah tak suka bergambar dah. Padahal dulu pantang nampak camera!

Takpe lah, walau apa pun, I tetap sayaaang dia. Sayaaaang sangat! Even I rasa dia takde lah sayang mana kat I. Sebab tue I buat entry khas untuk dia, sempena 'comeback' I dalam dunia blog! Teehee :')


"SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-14, MUHAMMAD ZIKRI AZMAN"



Belajar rajin-rajin, buat mak abah bangga dengan Yie, daan jangan malu-malu cuz you have something special, Pupuk!
*I miss to call you with that name*



Kak Tie sayaaang Yie ♥

Monday, March 22, 2010

it's new!


I want something pinkie and simple..


This is the result!


Ignore the "I LOVE YOU" thingy btw ;p


I am not in love!