Wednesday, July 29, 2009

birthday boy


:: siapakah lelaki misteri di sebalik sapu tangan ini? mari kita terjahh..layannnn ::

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Selamat Hari Lahir yang ke-19 untuk adik lelaki tersayang (perghh jangan ada yang jeles panggil sayang sayang nie..ai kan kelakar..tettt!!! =p), MUHAMMAD HAZIQ BIN AZMAN yang kini berada di uniten, bangi..

sedikit gambaran tentang birthday boy, beliau seorang adik yang sempoi dan simple..sentiasa cool dalam apa jua keadaan dan jarang mengamuk atau memberontak..sgt kelakar dan hormat orang tua..sukakan muzik dan makanan..beliau juga terror mencuri hati wanita, sebab tue sentiasa double, jarang nak single..hehe..okay dah-dah cukup kata-kata pujian, sekarang tiba masa untuk 'membasuh'..

ucapan cliche; semoga berjaya dalam hidup dan mencapai apa yang dihajati..

ucapan kurang cliche dan agak berbisa; semoga kamu menanam azam dan cita yang baru untuk lebih berjaya..buktikan pada khalayak yang kamu bukan loser seperti yang disangka..jangan terpengaruh dengan benda-benda yang kurang elok seperti dota dan rota (cehhh koverline baekkk punyaa..hahaha..), jangan boros sebab 'ekonomi krisis', jaga diri hiasi peribadi, ingat pesan nenek, abah, mak, kak zah & makcik..diaorang sayang awak, sebab tue diaorang ambil berat pasal awak..awak kena hargai tu..sebab bila orang dah tak peduli tentang awak, bermakna orang tue dah tak sayang awak dan tak kisah apa yang baik & buruk untuk awak..tue lagi tak best kan? so hargai dan sayangi orang di sekeliling kamu :')

kita sebagai kakak, sentiasa doakan awak berjaya dann bla bla bla (ala yang macam dalam msg tue, malas nak taip balik..hehehe..) okay?

emm walaupun kita berdua tak rapat sebagaimana ejah dan yie (sebab masa tue awak lebih rapat dengan ejah..siapp panggil ejah sayanggg lagi..opps haha..), tapi kita still ada kenangan bersama..ingat lagi dulu masa pergi ngaji kat umah Cikgu Majid, kita selalu cubit awak kan? kesiann awak..hehehe..tapi kita masih sudi boncengkan awak naik basikal merah kak zah..yang paling best lepas habis mengaji, kita pergi kg dalam singgah umah nek som..pastu nek som akan hidangkan biskut tawar dan teh o panas..masa tue memang takde perasaan malu atau segan langsung..umah nek som jadi tempat ngeteh kita..free jea tak payah bayar macam kedai nyonya abah..hahahaha..=D

masa awak kecik awak selalu hilangkan kaler kita and kak zah..pastu awak cakap "abish abish" sambil tangan bukak tutup banyak kali (so guys sekarang dah tahu dari mana atuk dpt inspirasi perkataan 'abish' tue..ke mana tumpahnya lecak kalau tak ke tayar kereta atuk, kan? LOL) masa tue kita and kak zah gerammm sgt dgn awak..pastu nnt kami dua orang membebel ckp cmni "ala mentang-mentang dia sorang anak lelaki, perasan jadi bos!" hahahaha..sorry ziq, we didnt mean it..;)

pastu awak selalu menangis bila kartun kegemaran awak abish..awak cakap kami yang abishkan..maybe masa tue awak ingat kartun tue ialah sejenis makanan yang boleh dimakan sehingga habis..pergghh kecik-kecik dah ada insticnt salah seorang kakak awak bakal jadi perokok pemakan tegar atau pencinta makanan yang suka habiskan kartun kegemaran awak..hehehe..oh yea kat sekolah plak awak jarang jumpa kita untuk mintak duit..maybe sebab awak faham yang kakak awak nie pun tak cukup duit untuk melantak kat sekolah..hahaha..

then kalau kita marah or benci awak, kita akan gunting gambar-gambar awak dengan kita, konon-kononnya tak nak awak ganggu hidup kita laa..cett drama queen betol! so gambar kita banyak yang berlubang-lubang..hahaha..nasib baik sekarang dah canggih, so mana yang tak berkenan terus delete..hehe..:p

emm sedih plak ingat kenangan dulu-dulu..huhu..tapi ia tetap segar di kotak memori kita..cewwahhh..ayat nak best..

okay laa ziq, kita harap awak berjaya memperoleh apa yang awak inginkan dengan syarat, you really work hard on it..bak kata abah, bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang..renung-renungkan dan jangan sampai termenung..;p


:: aziq memang suka mencuba makanan baru..kami maintain sengal..hehe ::


:: kita suka amats gambar nie..nampak ada chemistry physics & biology ::













tulus ikhlas dari;
pemilik video ayat-ayat cinta di handphone kamu ;)

6 comments:

azmahal said...

best lah baca post nei..kihkihkih! Aziq pun single single double ek..i dunno maa. Hebat2 anak buah aku nie ek!

bye zati sayang...jgn jeles.

.i.z.z.a.t.i. said...

hahahaha..dia mmg double kan..yang single cuma i sorang jea..maklumlaa, takde orang sudi nak jadikan calon isteri or menantu idaman..hahahahaha!!! =D

bye sayang sayangg sayanggg auuwww ;p

orang tua said...

1x lagi SELAMAT HARI LAHIR

kata orang tua2 :
- buat baik bepada2 buat jahat jangan sekali

- umpama setitik minyak di lautan timbul jua

.i.z.z.a.t.i. said...

perghh tgk tgk..sekali orang tua berkata-kata, tergamam i dibuatnya..hehe..thank you ;)

haziqemphaty said...

hehhe.
terima kasih ye di atas enteri yg sgt touching nie.
+.+
hehe.
dan juge nasihat yg sgt pedas giler tu..
=P

.i.z.z.a.t.i. said...

pedas ke? alahaii mana ada..tak laa sepedas cili api, pedas cili boh jea..hahaha..btw you are welcome :)