Sunday, August 30, 2009

happie and thankie

sangat HAPPY!!!!












































oh, thank you FF ;)



Friday, August 28, 2009

entry bosan

updates terkini..

1. KB Trade Centre sudah di buka berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah dan MPKB..makin panjang langkah saya semester ini..bulan ini saja dah dua kali pergi sana, saja jalan-jalan di parkson sambil ambil gambar gedix..




2. ada dua orang lecturer tanya saya asal dari mana..bila saya jawab batu pahat johor, mereka macam tak percaya sebab ingat saya oghe kelate..mereka kata muka saya mcm minah kelatan..ahaks..nak jea saya jawab: macam mana tak macam orang kelantan Dr./Encik, nasi kerabu, akok, beko dan solok dah sebati dengan darah johor saya :')

:: ini lah lecturer CTU yang ingat saya orang kelantan tue :) ::


3. bila bosan tunggu lecturer masuk, ambil gambar kawan-kawan sebagai kenangan belajar di kelas BMB5FC sama-sama..lepas nie masing-masing dah sibuk buat prakikal :')

:: edayyu group member yang prihatin ::


:: rina dan zaiton, housemate dan classmate ::


:: zana si rakan karib yang setia ::


:: miss yuna eh eh silap, miss LaLa yang malu-malu kucing ::


okay lah itu saja..selamat menjalani ibadah puasa :)



Thursday, August 27, 2009

setia

saya setia menunggu jawapan dari pihak dia :')



apakah?



speku speku speku =B



Friday, August 21, 2009

K.A.C = Kerabu Akok Coconut

tahun lepas, first day berpuasa jea dapat berbuka kat rumah dgn abah, mak, ejah dan yie..tapi ramadhan tahun nie kena berpuasa kat kelantan dan berbuka dengan roomate..suasana pasti berbeza..tahun lepas selalu pergi bazar ramadhan kat batu pahat dan segamat, tahun nie pergi dekat kota bharu pulak..for sure juadah berbuka ialah nasi kerabu + kuih akok + coconut shake..kalau kat rumah macam-macam boleh beli dan minta emak masak..kat sini hanya boleh mengharap pada makcik-makcik bazar ramadhan depan pejabat pos dan sebelah stadium..ohhh ibuuu nak balik rumah :')

tahun nie giliran haziq berbuka puasa di rumah bersama mak dan abah serta mizah dan zikri..mesti best korang dapat buka sama-sama kann..mesti ada macam-macam jenis air untuk berbuka..katirah, soya, sunquick, cincau dan teh o panas buatan emak..kuih pun sama..ada donut kesukaan yie, kuih bakar fav abah, epok-epok sardin, kuih lapis, lepat pisang dannnn kuih koci idaman ejah..emm best best best..jangan lupa kak tie dan kak zah yea..

teringat kenangan berpuasa di segamat..hari-hari beli nasi ambeng kat bazar uitm dengan nora..kalau boring, tukar selera, makan roti papa john, mama john and baby john yang dijual di bazar bandar segamat..lepas tue berkumpul ramai-ramai depan TV, tengok drama sutera maya sementara tunggu azan berbuka..masa berbuka paling seronok bila masing-masing saling bertukar cerita dan makanan..yang paling segar di kotak memori bila kita semua makann besar kat luar..noha dan kak jay yang arrange tempat, masa dan menu..balik kelas konvoi ramai-ramai pergi berbuka..rinduuuu seyh..

memang sedih mengenang nasib di perantauan, tapi itu jalan yang dipilih..harus kuat dan tabah :')

anyway, selamat berpuasa kepada semua umat Islam, esp kepada ibu bapa dan adik beradik terchentaa :)





p/s: doakan saya menang pertandingan lagu satu malaysia di hotfm..dapat blackberry tuuu..sapa tak nak kann..dah lah tadi yie wat video call dapat cakap berapa minit jea..tak sempat nak tengok korang makan apa kat kedai mamak..bateri handphone ngada-ngada selalu low..padahal dah charge lapan jammmmm..oh yea sebut pasal mamak, baik-baik kalau makan kat kedai mamak, nanti kaki kena gigit kucing liarrr auwwww ;p

Monday, August 17, 2009

anak didikan

petang tadi semasa belek-belek handphone sebelum tidur, saya dapat 'reminder' atau 'warning', memory handphone sudah penuh, perlu delete beratuss sms untuk terima sms baru..okay fine..

kemudian saya dapat satu mms..bukak-bukak ya allah terharu sungguh dengan keprihatinan bapa dan adik tersayangs :')

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



kalau korang, korang terharu tak bila akhirnya dapat jugak tengok wajah anak didikan jadi pengapit sama macam korang masa kecik-kecik dulu? jadi pengapit bersama sepupu pulak tue..sebijik macam I, cuma sepupu I lelaki *icon malu-malu*

hmm terima kasih bapa dan adik perempuan sebab sudi tolong saya..bapa yang susah-susah ambil gambar mereka di majlis perkahwinan jiran dan adik perempuan mms kan ia pada saya..

akhirnya anak didikan berjaya menjalankan tugas sebagai pengapit dan penyeri majlis..ingat lagi masa saya balik batu pahat bulan lepas, anak didikan masing-masing excited tunjuk baju baru dan skaf pink, tapi lepas tue bergaduh sebab tak nak kipas pengantin lelaki..akhirnya saya buat keputusan, yang tinggi kena kipas pengantin lelaki, yang rendah kena kipas pengantin perempuan ;)

kegembiraan bertambah bila tiba-tiba adik perempuan dan adik lelaki berebut nak bercakap dengan saya di telefon..akhirnya kemenangan berpihak pada adik lelaki;

kak tie, tadi abah kata pak cik seth mintak nombor telefon kak tie..sebab siti sibuk nak telefon kak tie..nak cakap dengan kak tie..

ohhh touching terus tak jadi tidur :')



Saturday, August 15, 2009

oh KB!


ohh penat betul hari ini..sehari suntuk saya berjalan membakar lemak..yep memang itu tujuan saya berjalan SEORANG DIRI keliling KB hari ini..dari Pasar Siti Khadijah (PSK) ke KB Trade (mall baru di KB! ala-ala KB Mall, BP Mall laa..) ke MPKB ke KB Mall semula..pergh pergh habis hangus terbakar lemak aku..hahaha..

alkisahnya dah berapa hari asyik duduk terperap di rumah sewa..menghadap laptop 24 jam, dah penat terus tidur..tapi hari nie rajin sikit..bangun pagi dan iron baju untuk ke kelas selama seminggu, kemudian terus mandi dan bersiap..pergi KB Mall dulu isi perut, ronda-ronda KB Mall kejap dan terus ke PSK pulak untuk cari tudung raya..pusing-pusing 5 round, takde yang berkenan di hati terus ke MBKB pulak..otw ke sana, singgah di Istanbul kejap beli tudung cotton..terperasan pulak yang KB Trade dah bukak..singgah pulak di KB Trade tapi takde apa yang menarik sebab banyak kedai belum bukak..teruskan perjalanan ke MPKB, pusing beberapa kali dan akhirnya berjaya membeli tudung raya idaman hati..lepas dah puas tawar menawar dengan peniaga di MPKB, saya pulang ke rumah..tak sampai berapa minit, keluar semula ke KB Mall untuk teman bestfriend beli handphone baru dan beli tiket raya..alhamdulillah masih ada tiket untuk saya dan bestfriend :)

corat-coret:
1. masa nak ke PSK, saya tunggu teksi di hadapan KB Mall..lepas tue ada mamat prebet (MP) pelawa naik prebet sekali, penuhkan satu kereta..perbualan bermula;

saya: bape riya?

MP: seriya setengoh..

saya: takpo lah, saya naik teksi jah..

MP: mari lah, naik sekali sene..tunggu teksi lambak..

setelah dipaksa, saya naik jugak prebet tue..

saya: kalau seriya setengoh awak kena anta saya betol- betol depan pasar..

MP: bakponyo?

saya: yea lah, dulu saya naik prebet dia caj saya seriya setengoh, tapi anta depan pasar..kalau bayar seriya anta kat bandar jea..

MP: hmm ikut lahh..

saya: anta depan pasar tau!

MP: yo yo..

sampai kat bandar, mamat tue mungkir janji! dia berhentikan saya di depan Zon Ria..

saya: kata nak berhenti depan pasar?

MP: emphh susoh lah..situ jale sehalo, dok bulih masuk..

saya: kalau macam tue saya bayar seriya jea..

MP: dok bulih, seriya setengoh lah dik..ala dekak situ jah..dok peluh pung kalau adik jale..

saya: yea la, tadi kata kat pasar..lgpun saya nak pergi bank nie..saya tak tau macam mana nak jalan ke sana..*sengaja cipta pelbagai alasan*

tiba-tiba ada seorang budak perempuan iaitu penumpang belakang cakap "takpe-takpe, ikut saya"

MP: ha, ikuk dio tue..

dengg! alalala baiknya kamu wahai rakan..akhirnya selepas puas berbalah, saya terpaksa mengalah dan bayar RM1.50..T_T

2. masa nak balik pulak, saya nampak dua orang polis tangkap seorang pencuri yang mencuri sehelai tudung pink dan baju pink..muka dia tak takut langsung, tapi nampak penat dan tangan dia berdarah..mungkin kena kejar dengan tuan punya kedai, dia berlari selamatkan diri sampai terjatuh..apa yang penting salah seorang polis tersebut amaaatttt handsome! indahnya ciptaan Tuhan :')

3. di KB Mall, seorang pemuda pengsan akibat bertumbuk..habis patah gigi dia..bertabur kat lantai..haish macam-macam KB nie kan..


kamus KB-BP:
1. riya = ringgit
2. seriya setengoh = seringgit setengah
3. takpo = takpe
4. jah = jea
5. sene = senang
6. lambak = lambat
7. bakponyo = kenapa
8. yo = yea
9. susoh = susah
10. jale sehalo = jalan sehala
11. dok bulih = tak boleh
12. dekak = dekat
13. pung = pun
14. ikuk = ikut
15. dio = dia



Friday, August 14, 2009

volkswagen


okay serius suka amats dengan background baru nie..saya suka gabungan warna-warna tersebut, memang favourite lah..cuma mesti orang kata; eleh Izzati tue bukan minat kereta pun, tapi kenapa pilih background yang ada gambar kereta?

baiklah, kalau ikutkan hati, memang saya nak edit gambar kereta-kereta tue sebab saya suka design stripes tue jea..malangnya tak boleh edit pulak sebab tak pandai..so guna jea lah =)

oleh itu, saya significant kan ia sebagai lambang keluarga saya sebab dulu volkswagen menjadi kenderaan rasmi keluarga kami..volkswagen kaler biru, no plat PH**** (tak ingat nombor..berapa yea bah?)

ibu bapa dan adik beradik boleh chop nak volkswagen kaler apa..cukup sorang satu..ada kuning, oren, merah, biru, hijau dan purple..saya macam biasa, nak kaler PINK..heee ;)




p/s: sekarang memang tengah 'gian' tukar background blog..baru lah saya tahu, rupanya tak payah nak edit semua benda sampai hilang traffic macam dulu..just tukar background dengan cara add HTML/Javascript kat bawah tue..isyh isyh isyh menyesal tak belajar dulu..



khabar berita


balik dari kelas petang tadi, saya mendapat khabar berita..

uitm bakal ditutup selama sebulan gara-gara wabak influenza A (H1N1) yang semakin serius..

tetapi masih belum konfem..pihak HEA akan bermesyuarat pagi esok dan akan umumkannya secara rasmi..

jika cuti sebulan, bermakna lambat lagi saya nak bekerja..owh tak sanggup! (-_-")

Tuesday, August 11, 2009

wajah baru


okay, ini lah dia hasil make over blog saya..actually, saya saja ngada-ngada nak try template baru..sekali terkelik butang apa entah, abes hilang semua gadjets kat tepi tue..yang paling sedih, traffic kembali kepada 0..penat jea kumpul 4499 pembaca sejak setahun lalu..tsk

btw, apa pendapat anda tentang wajah baru blog saya nie? adakah nmpk serabut dengan pelbagai warna? atau nmpk lebih ceria dan bertenaga? :)


Monday, August 10, 2009

pengulas sukan


hari nie entry saya masih ada kaitan dengan Dr. Nik Maheran lagi..sila jangan jemu :)

alkisahnya, satu malam tue saya dan kawan-kawan menonton berita sukan di TV3..lepas tue saya perasan, nama pengulas sukan tue Nik Maihan Muhammad..then saya saja-saja cakap; eh adik Dr. Nik, adik Dr. Nik (sebab muka dia ada iras Dr. Nik, size badan kecik macam Dr. Nik dan nama pun dah nak sama)..pastu kawan-kawan balas; bukan kot sebab nama bapak dia takde Nik pun..hehe dah salah orang daaa, sedap-sedap jea cakap tue adik Dr. Nik..

hari nie, lepas class saya teman zana jumpa Dr. Nik, untuk uruskan hal seminar tax planning tue..then dah nak balik saya tanya beliau;

saya: Dr. ada adik nama Nik Maihan Muhammad?

Dr. Nik: kenapa?

saya: takde, hari tue saya nampak ada seorang pengulas sukan kat TV3 tue, nama dia Nik Maihan Muhammad..

Dr. Nik: owh, tue bukan adik saya, she's my cousin..sepupu saya..dia mmg kerja kat sana..

saya: owh padan lah muka lebih kurang jea :)


see..terror tak saya? boleh teka dengan betol..hehehe..

btw, nie antara artikel tentang cousin Dr. Nik yang sempat saya search..


Utusan Malaysia (23/02/2009)



Sunday, August 9, 2009

berdehem-dehem


pagi nie, seawal jam 6.59 pagi, saya mendapat kiriman sms daripada Dr. Nik Maheran yang berbunyi; Izati, nampaknya tak dptla kita nak ganti kelas hari ni...saya ada meeting pukul 9-12pm. Sorry....

kemudian saya start forward msg tentang pembatalan class pada rakan-rakan lain..saya hantar kepada 12 orang rakan dan berharap mereka boleh sebarkan pada rakan-rakan lain..

apa yang tak bestnya bila saya tidak menerima walau satu balasan sms dan ada sms yang tidak 'delivered'..so saya try miscall mereka dengan harapan msg akan 'delivered'..malangnya msg tetap tak 'delivered'..

sampai kelas, saya bertanya samada mereka ada menerima sms daripada saya dan mereka mengatakan "ya"..saya check semula handphone dan dapati msg masih belum 'delivered'..takkan maxis ada problem kot..hmmm..

habis kelas pada pukul 2.00 petang, handphone saya tiba-tiba mati selepas saya call roomate..bila on semula handphone, ya ampunnnn banyaknya sms masuk..

rupanya handphone saya yang problem, bukan maxis..huhuhu..jadi, perlu ke handphone baru? lu pikir laa sendiri..heee ;p

Friday, August 7, 2009

hiburan minggu ini


1. dah dapat duit hasil jualan buku teks dan set soalan past year pada junior..alhamdulillah..what you give, you get back..

2. ketua program amats optimis apabila membenarkan para pelajar membuat praktikal di luar kawasan kelantan..tiada had limit dan tiada istilah first come first serve..korang nak praktikal kat belakang umah korang pun takpe..sukati laa..macam nie baru best kan?!

3. petang semalam ibunda terchenta anta sms yang berbunyi; Salam. Baca yaasin 1 niat panjang umur dalam kebajikan. Yang ke2 dimurahkan rezeki yang halal. Yang ke3 tetapkan iman sampai akhir hayat. Esok pose. Selamat menghayati nisfu syaaban.

malam tue, lepas habis baca yasin dan solat isyak, saya masak air sebab nak makan biskut cicah milo..kemudian cakap dengan roomate; kita lapar laa..nak makan nasi sebab esok nak puasa tapi takde orang nak keluar plak..*salah satu faktor tak suka balik kelantan apabila makanan terpaksa dicatu..huhuhu..* so kita nak mintak maggi awak boleh tak? roomate yang baik hati terus izinkan..saya bangun nak mencapai mangkuk, tiba-tiba;

tok tok tok..

jiran 1: izzati, izzati..awak nak nasi tak? saya ada beli nasi dua, tapi tak habis pulak..pergi lah makan kat depan, lauk ada banyak lagi tue..

saya: yea ke..kalau macam tue kita bayar pada awak lah sebab kita memang tengah cari nasi nie..

jiran 2: ehh takpe sebab kitaorang beli kongsi-kongsi..

saya: alaa, kita segan lah..

jiran 3: tak payah segan-segan..jom saya bawak awak..

sampai kat depan, masyaallah banyaknya lauk..ada ikan siakap tiga rasa, daging masak merah, tomyam campur, telur bungkus, sayur cendawan dan sambal belacan..jiran-jiran hanya makan 1.5/3 sahaja..kemudian jiran 2 hulurkan nasi dalam polestrin..ya ampunn padan lah jiran 1 tak larat makan dua bungkus nasi, rupanya nasi dia setimbun..dipendekkan cerita, saya luakkan separuh nasi dan hanya makan separuh sahaja..alhamdulillah kenyang..mungkin berkat baca yasin tadi, saya dimurahkan rezeki..thank you mak..

jangan salah faham bukan niat untuk berlagak, tapi saya nak kongsikan yang mana jika kita ikhlas berdoa dan berniat baik, insyaallah ALLAH perkenankan doa kita..

4. housemate saya ditahan di ward Tanah Merah, Kelantan kerana disyaki menghidap H1N1..topeng sudah dibeli..harap-harap semua okay..

5. menonton rancangan gadis melayu musim kedua gara-gara ingin melihat peserta itu..amats kelakar bila menonton sesi ujibakat..hahaha..macam-macam gaya ada..oh yea seorang drpd mereka adalah junior saya semasa diploma dulu..dia pun lawak gak.."jadi playergirl dalam zon yang selamat"..heee..apa pun, yang terpilih sebagai finalis memang cantik-cantik..tahniah!

Tuesday, August 4, 2009

cerita tentang saya dan birthday girl


Selamat Hari Lahir yang ke-16 untuk adik perempuan kesayangan saya, Nur Hamizah Azman..tahun nie tak dapat call dan wish dia sebab dia kat asrama..tapi saya sempat ucapkan "Happy Birthday" in advanced masa abah dan mak datang melawat dia di Moncheh ahad lepas..

sedikit preview tentang ejah..dia budak yang baik, cerdik, suka membaca, tgk TV dan sgt sgt sgt sukakan muzik..tak bley hidup tanpa muzik..cepat jea dia hafal melodi dan lirik lagu..ejah suka makanan pedas macam saya..yang paling dia suka mesti lah sambal tumis mak..dan ejah merupakan PENCINTA buah-buahan..kalau kat rumah tue, dia sorang jea dah cukup untuk habiskan buah-buahan..sebab tue kulit dia amat licin dan gebu bak telur rebus (ejah kata cikgu ain yang puji dia cam tue..hehehe)

hmm sebenarnya saya sedih bila mengenangkan hubungan saya dengan ejah..bukan apa, dulu masa saya di sekolah menengah dan ejah di sekolah rendah, saya tak pernah atau jarang berbaik dengan ejah..selalu sangat bergaduh..pantang ada benda tak kena, mesti saya akan marah dia, dan kami mula bergaduh..sampai satu masa, agaknya abah dan mak tak tahan melihat sikap saya, abah tegur saya..abah slowtalk dengan saya..abah tanya kenapa perangai saya macam tue..kenapa saya tak nak mengalah walhal saya lagi tua dari ejah..kenapa saya asek nak bergaduh jea..masa tue saya cakap dengan abah, ejah yang suka cari pasal dan mengada-ngada, manja sangat..abah suruh saya mengalah sebab saya dah besar..tapi masa tue saya bertindak mengikut emosi, saya cakap abah lebih sayangkan ejah daripada saya..:'(

saya ingat lagi, dulu bila saya balik sekolah, ejah dan yie mesti tengah tunggu van nak ke sekolah agama..dan selalunya saya belikan gula-gula belo untuk yie dan ejah..satu hari tue, saya bergaduh dengan ejah, so saya tak bagi gula-gula belo pada dia, saya bagi pada yie sorang jea..dan yie dengan baik hatinya pergi bagi separuh gula-gula belo tue pada ejah..apa lagi, saya mengamuk dan mintak ganti duit dari ejah..saya suruh dia bayar seposen sebab harga gula-gula tue seposen..ejah bagi saya lima posen sekeping, saya tak terima, saya nak seposen jugak..ejah plak tak nak bagi seposen yang dia ada tue dengan alasan dia nak beli aiskrim kat sekolah agama, dia malas bagi duit besar, nanti orang kantin kena bagi baki pada dia dan nanti akan tersentuh tapak tangan dia, maka air sembahyang dia akan batal..dia malas nak ambik air sembahyang lagi sekali..saya tak terima alasan tue dan berkeras nak duit seposen gak..akhirnya kami berbalas-balas pukulan dan cubitan sambil disaksikan oleh emak dan yie..

ya allah betapa saya tidak menghargai kemanisan hubungan adik beradik ketika itu..betapa jahilnya saya tentang hubungan kekeluargaan masa itu..betapa ruginya saya tidak ada perasaan sayang pada adik sendiri ketika itu..

habis tingkatan lima, saya bekerja di shah alam dan kemudian sambung belajar di kelantan..bila duduk di kelantan, baru lah saya sedar betapa sayangnya saya pada ibubapa dan adik beradik saya..baru lah saya hargai mereka dalam hidup saya..secara automatik, hubungan saya dengan ejah kian rapat..mungkin sebab masa tue saya dan ejah dah matang sket kot..dah boleh berfikir mana yang baik, mana yang buruk..

makin lama kami makin rapat dan jarang bergaduh, kalau gaduh pun tak seteruk masa kecik dulu..sekejap jea dah baik..walaupun minat kami berlainan, tapi perangai kami sama..kami suka bayangkan sesuatu..apa akan jadi kalau benda tue berlaku..senang kata, kami gemar berimaginasi benda-benda yang kelakar dan tidak mungkin berlaku..hehe..

ejah merupakan jurukamera yang paling setia merakam video clips saya..dia lah yang merakam saya menari, menyanyi, melawak dan berucap seperti rafidah aziz..hahaha..pendek kata, dia lah orang pertama yang dapat menonton pelbagai aksi dan lakonan saya..dan ejah juga yang selalu mengambil gambar saya dengan pelbagai situasi..konon-konon bergambar untuk majalah mastika ruangan pengalaman hidup atau bergambar untuk akhbar bipop ruangan apa ceritanya (ala yang luahan artis tue..hehe)

masa saya di kelantan, ejah yang selalu update, paper dan majalah mana yang ada cerita pasal fafau dan nony..kadang-kadang ejah mms keratan akhbar yang ada cerita pasal diaorang..sekarang dah terbalik, saya yang selalu update info pada ejah sebab ejah dah masuk asrama..dan sebut pasal asrama, kalau nak tahu walaupun masa kecik kami selalu bergaduh, tapi setiap kali melawat ejah kat asrama, saya yang paling emosi..saya gagal mengawal emosi sebab selalu menitiskan air mata masa salam-salam waktu nak balik tue..mula-mula memang senyum, tapi bila dah pesan; ejah belajar rajin-rajin tau, doakan kak tie, kak tie nak balik kelantan, etc, masa tue suara akan bertukar menjadi sebak..ejah pun sama gak..nnt dia bukak spek dia nak lap air mata..then hari tue dia pesan; belajar kereta betul-betul nnt boleh bawak adik gie summit :')

okay lah ejah dah banyak sangat nie..doa kak tie agar ejah panjang umur murah rezeki, berjaya dalam pelajaran dan sentiasa tabah & bahagia kat moncheh..thanks sebab jadi adik yang best dan supportive..kak tie sayanggg sangat sangat kat ejah..love and miss loads! :')

jomm layannnz gambar :)

:: birthday gurl yang maintain slim dan chumil ::


:: ejah dan kak zah..dua-dua minat benda yang sama eg; tgk citer-citer urbann..i kampung type..haha ::


:: wedding umah pejul..dialog fav kami "isteri kita dah keje kat sini"..hahaha ::


:: partner sejati..yie kekal sikap ingin bersaing walaupun dari segi ketinggian..kan kak zah? hehe ::


:: 'kegilaan' ejah, comics ::


:: kegilaan kami..makcik-makcik dan sorang mamat baru lepas sunat ;p ::


:: selamat berjuang Hamizah..semoga terus berjaya :') ::


:: kat bilik asrama ejah..time to leave..tsk T_T ::


:: loveee muahs! ::