Saturday, July 9, 2011

Ogeh.

Lamanyaaaaa tak update kan. Memang malas. Suka baca orang punya jea. :D

Kerja makin ogeh. Lately I busy dengan shareholder reports and semi annual return reports. Ada lagi lapan report tak siap. Tapi galak berpoya-poya. Heh teruk kan? So Isnin ni lepas meeting kena trus buat. Nak siapkan before Jumaat sbb Jumaat nak cuti.

Tak sabar nak cuti. Sebab nak jumpa my Lullaby Adik. Nak dengar dia sebut 'Kakaakkkk' live. Heeee. Tak sabar jugee nak jumpa fam-ILY!

Ogeh, sampai sini jep. (Sure Yie annoying gils bila baca ni keh keh keh)

Daaa~ ;)

Saturday, February 26, 2011

Kawan Baru.

Diari hidup I semakin menyeronokkan sejak kebelakangan ni.

New friends, new life, huh?

Dorang kawan-kawan baru kat tempat kerja. Semua bujangs except yang pakai tudung blue black tu. Mula-mula I mmg tak join ah group dorang ni, kengkonon I senior ah, nak kawan dgn orang-orang lama jea. Tak main laa kan budak-budak baru. Sekali bila dah lepak sama, mmg happening donk! Tu ah, tak kenal maka tak cinta kan. Kehkehkeh.

Breakfast, lunch sesama. Then lepas kerja trus walking/jogging togetha-getha di Taman Bunga. Hari Jumaat pi makan kat tempat yang best-best sikit. Sabtu lepaking di Ali Baba or Jusco or Giant or mana-mana tempat yang best. Ahad pulee aerobik. Fiuhh! Sangat pack okee! =)

Lebiuuuus lah!



Tuesday, January 11, 2011

One Shot.

Akhirnya segala perkara yang I cuaaak sangat nak hadapi tu, dah berakhir. Semua berlaku dalam sekelip mata. One shot!



Cuak nak lapor diri pada hari pertama kerja even dah duduk setahun kat sana. CHECKED.

Cuak nak kena rehearsal Pedoman. CHECKED.

Cuak nak kena naik pentas, seterusnya baca ikrar di majlis Pedoman. CHECKED.

Cuak nak attend first meeting jabatan, seterusnya kena kenalkan diri sorang-sorang. CHECKED.

Cuak pakai uniform baru. CHECKED.



First day kerja, isi pelbagai borang then pergi beli uniform. Lepas tu menjajar cari tailor yang sanggup siapkan baju dalam masa 3 hari sebab nak kena pakai untuk majlis Pedoman.

Pedoman ialah majlis untuk semua anggota pekerja berkumpul, mendengar amanat dari CEO, sesi dialog bersama CEO, sesi penghargaan untuk anggota pekerja yang cemerlang dan naik pangkat, dan dan dan dan dannnnnnn



SESI MEMPERKENALKAN ANGGOTA PEKERJA BARU!



Sesi yang ni yang paling cuak ni. Tapi oleh kerana I terlibat untuk Pedoman awal tahun, maka tak perlu naik pentas dan kenalkan diri sorang-sorang. Just dia papar gambar di tiga screen besar dan sebut nama, jawatan serta jabatan kita jea. Lepas tu baca ikrar ramai-ramai. Itu pun tetap kecut perut weh!

Lebih drama lagi bila satu jam setengah sebelum majlis mula, tapak kasut tercabut. Kau bayangkan mana aku nak dapat kasut pagi-pagi buta macam tu?

Alkisahnya, pihak HR dah bagitahu awal-awal, kena pakai kasut hitam bertutup. Okay takde masalah sebab I mmg dah prepare kasut, guna kasut hitam konvo tahun 2008 punya. Malam sebelum majlis, I bergaya dengan uniform baru dan kasut hitam depan cermin. Okay purrrrffectt!

Esok pagi bangun awal sebab nak make up sikit-sikit. Tudung pulak buat hal. Biasa laa, bila nak cepat, masa tu jugak lah dia nak senget lah, gelembung-gelembung lah, yada yada yada. Keluar rumah pukul 7 pagi, jalan cepat-cepat sebab Miss F dah tunggu kat depan. Bila sampai depan pak guard, I rasa lain macam. Asal kasut ni macam rendah jea? Sekali aku tengok, amek kau TAPAK KASUT TERCABUTT!!!!! Mula-mula sebelah kiri jea, lepas jalan lagi beberapa tapak, sebelah kanan pulaak!

I masuk kereta terus dengan cemas bagitahu Miss F: Macam mana ni wak, kasut kita tercabutttt. Dua-dua belah pulak tuu! Majlis dah nak mula ni!

Miss F blurr. Dia carik idea. I try call kakak-kakak kat office, semua dah gerak pi office! Miss F pun call kakak department dia, tapi kakak tu pakai kasut size 5, kaki I size 8.

Miss F dapat idea. Dia baru teringat yang dia ada lagi sepasang kasut hitam kat rumah. So patah balik pi umah dia. Lift rosak plak. So kena panjat tangga empat tingkat. Tapi dia yang panjat, dia suruh I calm down dalam kereta. Bila dah dapat kasut, tak muat pulak. Longgar, banyak ruang. Bila I jalan, kasut tertinggal kat belakang. So dia kata takpe, try pakai kasut dia yang dia letak kat office, yang tu cutting dia kecik sikit.

Masa nak pi office, I terserempak Kak H baru nak hantar anak dia pi sekolah. So I cepat-cepat suruh Miss F kejar kereta dia. Sempat kejar, dia dropkan anak dia kat sekolah. I turun dari kereta sebab nak suarakan hasrat nak pinjam kasut, sekali kereta dia dah bergerak pulak. I dengan uniform baru, berlari gi KEJAR KERETA DIA DEPAN SEKOLAH. I dah tak kisah orang nak gelakkan ke apa. Nasib baik sempat kejar. I ketuk tingkap kereta dia then bagitahu pasal kasut I kopak, nak pinjam kasut dia. Then dia cakap kasut dia kat rumah tapi size 6. I kata boleh jea sebab dah terdesak sangat. Masa tu dah pukul 7.30 pagi.

Then dia patah balik amek kasut dan suruh I tunggu kat parking. Around 7.40 pagi, Kak H bagi kasut dia. Alhamdulillah muat sbb kasut dia jenis memeri (stretchable). So bila I pakai dia macam mengembang gitu. Then lepas dah settle part kasut, cepat-cepat naik office, then kakak-kakak kat office dah tahu pasal I, dorang offer kasut dorang plak (yang mana sama size dengan I laa). Tapi I selesa dengan kasut Kak H, so tak jadi tukar.

Then pukul 8 pergi Persada, hati dup dap dup dap cuak nak naik pentas. Majlis start pukul 8.30, pukul 9 naik pentas baca ikrar. Fiuhhhh! Settle! Lepas habis Pedoman, terus ada meeting jabatan. Dalam meeting, kena kenalkan diri sorang-sorang pulak. Sebut nama, asal mana, dan ditempatkan di mana. Woaah legaaa!

Macam yang I kata tadi, benda-benda tu semua mencuakkan. Huuu. Tapi semua berlaku dalam sekelip mata. Maknanya, kecuakkan tu lenyap seusai I habis kenalkan diri dalam meeting. Fiuhh. Lega lega.

Now, everything dah settle down. Just kena focus pada kerja pulak.

Kerja pulak, first day dah kena incharge share system online. Belajar macam mana nak print document untuk buat report Shareholder Analysis. Bukan print yang biasa-biasa tu tau. Dia macam complicated sikit, banyak step. Kena ikut step, then bila dah buat banyak kali baru mahir.

Lepas print semua sekali, baru start buat report. Sebelas report okee. Nanges tak nanges laa bila kena push siapkan report on time. Agak stress, tapi pura-pura cool okee! Hehehe.

Okay sampai sini jea. Esok kena prepare report untuk Directors' Shareholdings puleee. Yeay, I love my job! Do you love your job? ;D

Doakan semuanya baik-baik aje. Amin.


p/s: Thanks a lot Miss F and Kak H. I owe both of you so much!


Saturday, January 1, 2011

Yang Baru.

Selamat Tahun Baru.

2010 yang penuh dengan cabaran.

Macam-macam yang dilalui.

Lulus dan gagal.

Gagal interview. Tipu ah kalau tak frust kan. Sebab nak sangat kot, sebab tuu frust bila tak dapat.

Gagal ujian JPJ. Haa ni lagi satu. Tensi woh bila kandas. Kena datang praktis lagi, jumpa pcik garang tu lagi. Haih.

Tapi now dah lulus! Alhamdulillah. Practice makes perfect, ey? *Mood Hlovate ;D*

Interview PCMS pun pass. Sapa kata dah lama kat sana tak cuak? Cuaaak woh! Tapi happy bila datang sana semua cakap dah kecik sikit. Maybe sbb jaga budak kecik kot? HAHA tetibaa kan.

Oh yea, masa nak balik dari interview tu, Pn. S panggil masuk bilik dia. Dia kata kerja dah menunggu, I kena dapatkan list shareholders yang latest untuk Waqaf An-Nur Bhd. Nak kena revise balik since ada beberapa perubahan.

Okay laa, tahun baru, azam baru.

Kerja baru.
Uniform baru.
Semangat baru.

Semoga semuanya baik-baik aje. Amin.