Wednesday, July 22, 2009

super duper HAPPY!!!


okay ramai yang tanya bagaimana hasil presentation saya gara-gara menggelabah tak tentu pasal..being me, saya memang seorang yang sangat teliti dan cerewet dan menggelabah dalam bab-bab presentation nie..walaupun secara luaran saya kelihatan kargo (sila refer ibunda tercinta untuk dapat gambaran yang lebih jelas tentang maksud perkataan itu), tapi bila kena berdiri kat depan dan bercakap, saya jadi kecut kedembot plak (sila refer lagi pada mak di batu pahat)..tetapi bila saya dah mula bercakap dan merasai keseronokan bercakap di hadapan, saya rasa sayang pula nak tamatkan presentation tersebut..betol laa kata org, tak kenal maka tak cinta, tak cuba maka tak rasa..hahaha..

okay pasal presentation semalam, saya memang menggelabah sangat-sangat sampai tak lena tidur, semangat mandi pukul 5.30 pagi, pergi kelas takmau jalan kaki sebaliknya sanggup bayar seringgit untuk naik teksi dan datang kelas seawal 7.15 pagi! sampai kat kampus tengok keadaan masih lengang lagi sehingga pak guard tegur, "awal sampai pagi nie?" pertanyaan hanya dijawab dengan senyuman..then sampai kelas letak bag terus ke bilik air sebab nak betolkan tudung gara-gara tudung dah senget kena angin masa naik teksi..(-_-")

lecturer yang muka beliau ala-ala Anwar Ibrahim datang tepat pukul 8 pagi..kemudian terus susun kerusi dan duduk di hadapan kelas bersama discussant masing-masing sambil meng'revise' balik nota..saya presenter yang kedua dan discussant saya ialah zana..okay style lecturer nie, setiap presenter perlu ada seorang discussant..dan discussant tersebut perlu tahu keseluruhan isi yang perlu dibentangkan..discussant perlu menyelit bersama hujah sendiri ketika presenter sedang present..kiranya discussant bagi additional info laa..then discussant perlu menolong presenter jika presenter tidak dapat menjawab soalan ketika sesi Q&A..cool kan? :)

kemudian tiba laa masa yang ditunggu-tunggu..lepas rosmawati tamat present, lecturer suruh presenter kedua pula present..saya bangun dengan yakinnya walaupun dalam hati dup dap dup dap..ya ampunn mmg nervous giler..untuk 3 slide yang pertama, saya lebih kepada membaca point di slide tersebut..selepas mendapat 'rentak', saya mula menggunakan ayat sendiri which is saya rasa saya suke dgn keadaan tersebut di mana saya perlu menggunakan kepakaran saya untuk membina ayat dan menggunakan perkataan english yang sesuai..akhirnya, habis 12 slide dan sesi Q&A bermula..out of six, hanya lima soalan yang berjaya dijawab dengan hujah yang bernas, lagi satu lecturer kata tidak relevan..hahaha..

then sesi penilaian dan komentar..serious rasa macam peserta rancangan realiti bila lecturer nilai dan komen satu per satu..alhamdulillah saya terima komen yang positif; slide menarik, penggunaan perkataan bahasa inggeris yang tepat, boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan baik dannnnn yang paling menggembirakan bila lecturer umumkan markah..

"untuk presenter pertama, saya bagi 80 markah sebab awak nombor 1 (means dia turn pertama) dan presenter kedua, saya bagi...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

90 markahh", diiringi dengan tepukan dari rakan-rakan..sumpah terharu :')

masa dia nak umumkan tue saya budget dapat markah rendah sedikit dari presenter pertama sebab tak dapat jawab semua soalan, sedangkan presenter pertama dapat jawab kesemuanya..so, saya pun tunduk jea laa ala-ala gadis yang redha dan akur dengan jodoh pilihan ibubapanya..hehehe..

then lecturer tanya, "happy?" "yes, thank you Dr." "okay good"

sumpah gembira sangat masa tue sebab rasa segala penat lelah 'dibayar dan dihargai' bak kata amy search dlm iklan celcom, berbaloi-baloi..:)

keluar kelas rakan-rakan ucap tahniah dan tanya apa rahsia..hehehe..takde rahsia sebenarnya, cuma saya banyak membuat rujukan dari internet, memberi contoh yang relevan dengan tajuk, memahami isi yang ingin disampaikan, guna ayat sendiri yang simple, bukan ayat buku teks atau internet yang bombastik itu, praktis berpuluh kali di rumah sewa dan JANGAN MEMBAWA SEBARANG KERTAS KE HADAPAN kerana anda dianggap tidak bersedia dan tidak membuat 'homework'..

kegembiraan berterusan bila masuk ke kelas Dr. Nik Maheran..beliau menyuruh siapa-siapa membaca sebuah artikel..any volunteer yang boleh berbahasa inggeris dengan baik, membaca dengan penuh emosi dan bercita-cita ingin menjadi seorang pengacara..

tiba-tiba ada beberapa orang yang berkata; fafau fafau, media prima, sapa yang nak kerja media prima tue, ohh siapa yang dapat 90 markah tadi sehingga laa muncul nama 'izzati'

dan Dr. Nik pun bertanya "okay izzati?"

"ohh sure.."

"okay you can read now.."

lepas habis baca kami perlu buat latihan pulak..Dr. Nik bagi masa 15 minit then siapa siap dulu dia kena present kat depan..nak dijadikan cerita, kumpulan saya siap dulu dan Dr. Nik panggil saya ke hadapan untuk 'ganti' beliau jadi lecturer..owh seronokkk sangat masa tue sebab berpeluang menggantikan tempat beliau dan mengajar rakan-rakan lain :)

well, hari semalam memang hari saya..seronok dan teruja rasanya..cuma kadang-kadang ada jugak rasa tak selesa..takut kawan-kawan kata saya tamak dan over exposed pulakk..cewwahh nak jugekk dilabel tamak dan over exposed macam fafau..hahaha..tapi tue laa, meminjam kata-kata David Beckham,
It doesn’t affect me. You can’t be liked by everyone. (thanks En. Faiz for the quote..baca blog kamu dan jumpa plak quote tue..it sounds great ;p)

oh yea, semalam birthday someone..so, saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR pada sepupu kesayangan saya yang comel ketika berusia 9 bulan, si ninj@_meLayu..awak memang best..kita kagum dengan cara pembawakan diri awak yang sentiasa humble dan mempunyai PR yang bagus..pandai jaga hati dan pandai ambil hati..tak lupa juga pandai makan pedal pasar malam seksyen 6..hahahaha..JK ;B

SELAMAT HARI LAHIR juga pada nenda tercinta, Hajah Zainon bte Shufa'at..esok birthday nenek..semoga nenek dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..maaf tak dapat balik untuk kenduri minggu nie..terima kasih sebab nenek bersusah payah carikan nombor hp Cik Nik untuk zaty..zaty sangat-sangat menghargainya..nnt kalau zaty dah dapat lesen, zaty bawak nenek jalan-jalan gie BP Mall naik kereta atuk k..hehehe..

to july's babies; atuk, aunt azmah, haziq, nony dan shawal, HAPPY BIRTHDAY DARLINGS..sayanggg kamu semua! :-*

12 comments:

azmahal said...

wah...hebat2, konfem seelan paul amek keje dgn dia. Congrats zati, i sbagai mentor turut rasa gembira. kahkahkah (ketawa guling2). Jgn mare!

Blh dpt rasa dan bayangkan camne awk ganti Dr Nik, sbb awk kan mmg dh selalu praktis kat umah dgn yie n mizah. Jd rafidah aziz pun penah..

moral of the story...practise makes perfect.

miss load

mak = bonda said...

kargo = cargo (eg.lori kargo)

kecut kedembot = kuncup bekedut.

apa pun tahniah 5x. bukan senang nak senang

Azlan #11 said...

woah.... kagum2x.... u inspire me ah tie... kte cuak gle kne cakap kt dpan....

AidiL said...

You are always 1 of a kind.. That's why I believe you can achieve whatever you want.. You always have the inspiration and guts to achieve something big, please don't stop.. And the most important thing, I know you are a kind-hearted person, everything you do, is not only for your own good, but for the sake of everyone around you, that's why Allah always lend His hand to peoples like you..

Si Curhat said...

azmahal: thank you mentor cehceh bodek..hehe..insyallah kalau ada rezeki dapat kerja dgn seelan paul..doakan yeh! rafidah aziz? ohh no! ;p

mak=bonda: nie bonda ke ayahnda nie? haha kantoii =B btw thank you sygs!

Azlan#11: haha takde laa lan..awak lagi terror dr kita..jujurnya, kita mengagumi kegeniusan awk tue..:)

AidiL: kita percaya kata-kata tue lahir ikhlas dr hati awak..terharu seyh..thanks ya..u always support me :')

Zera Zylgwyn said...

kak zaty..
TAHNIAH sayang!
aaa~kite teruja bc post kakak nih
kite kn spesis gelabah jgk tyme presentation~
tp bile da bc cite kakak nih~
bwat kite jd bsemangat!nk gak jd cm kakak..mau2!ehe

thumbs up tuk kamu kak zaty!

muoxoxoxo

Si Curhat said...

thanks nora chomel..emm kita pon mula-mula neves gak..sampai sakit perut and tak lena tido..but then kita beranikan diri and bayangkan kat depan kita tue ada Dato' Seri Farid Ridzuan, Dato' Amrin Awalludin, Seelan Paul, Ahmad Izham and org2 penting media prima..then perasaan tue akan bertukar menjadi teruja..tapi jgn overexcited plak, nnt nmpk tak natural (pesanan dr mentorku, Pn Azmah Arif)..ok get it what i mean?

gudlux darling! i know u can do better than me..believe me! :)

Zera Zylgwyn said...

aha..yes2 i get it!
tp kak zaty ley la bygkn org2 kuat media prima..
kitenk bygkn sape yerw??
hiksss

alaa touching~!
kakak yakin dgn dri kite even kite sndri pn xyakin cmtuh~
tenkiew kak..

Si Curhat said...

emmm awak bayangkan konon-konon depan awak tue bakal majikan awak..or yang selalu orang buat, bayangkan depan tue semua semut kecik jea..they don't know anything but u know every single things..so for sure they'll impress with you and your performance..:)

yup, kita yakin dengan kebolehan awak..go gurl!

atul said...

maybe aritu awk kol kte nak citer pasal ni kan,maybe la... sori la few days niemosi x brape stabil tapi sbg kwn, kte sgt2 hepi ut awk keep up a good work n kte doakan kejayaan milik kita bersama...

Si Curhat said...

thanks atul..but im not sure whether nie ke citer yang kita nak citer tue or bukan..tak ingat laa..huhuhu..

yep kejayaan milik bersama k!

Anonymous said...

hehehe..
btw congrates kt awk...
leh pesent ngn jaya nyer!..
err xlepas ngn media prima die..hik3