Sunday, June 20, 2010

Oh Abah!

Masa umur I enam tahun, abah hantar I pergi sekolah Tadika Kemas naik Vespa. Kalau hujan, abah tukar naik Volkswagen plak. Abah hantar dan jemput I hari-hari without fail. Abah tak pernah lambat kalau jemput I. Pukul 11 pagi abah mesti dah ada kat luar sekolah.

Masuk darjah satu, I pergi sekolah sekali dengan Kak Zah. So, I akan berdiri kat depan. Bila I berdiri, for sure rambut I kena angin. Sampai sekolah, abah keluarkan sikat dan sikat rambut I cantik-cantik. Darjah dua dan tiga I pergi sekolah duduk belakang sebab I sekolah sesi petang. So rambut I jadi elok. Tapi ada satu hari tue, rambut I macam kusut masai. Abah keluarkan sikat dan nak sikat rambut I macam biasa. Sekali abah terkejut. Rupanya ada bahagian rambut I yang hampir botak. Nak tak nak I terpaksa cerita yang mana I suka simpulkan rambut kecik-kecik, then I cabut rambut yang bersimpul tue. I tak tahu pulak sampai botak.

Oh yea, abah suka usik I setiap kali nak hantar I pergi sekolah. Kadang-kadang abah sengaja pakai kopiah, songkok dan topi (cap bukan helmet) masa nak hantar I. Sebab dia tahu I tak suka. Nanti I cakap: Alaaa, malu laa bah...Ntah lah, tapi masa tue I rasa maluuu sangat if abah pakai macam tue, lebih-lebih lagi kopiah. Hehehe.

Masuk sekolah menengah, abah dah tak hantar dan jemput I lagi sebab I duduk asrama dua tahun. Then bila I keluar asrama, I pergi sekolah tumpang orang dan balik naik bas. Tapi abah tetap setia hantar dan jemput I pergi tuition.

Bila I dapat sambung diploma, abah sekali lagi setia menghantar I ke Machang, Kelantan. Habis diploma tiga tahun, abah jemput I pula di Machang. Alhamdulillah, I berjaya habiskan diploma dengan keputusan yang baik.

Okay bila masuk degree, I berjaya sambung di Segamat Johor. Abah hantar I ke Segamat plak. Tapi masa kat Segamat, macam-macam berlaku. First day duduk rumah sewa, I menangis tak henti-henti sebab takde kawan dan terpaksa duduk bilik bawah sorang-sorang! Abah call tanya kenapa menangis dan suruh I berhenti menangis dan 'cuba' berkawan dengan housemates baru. Abah suruh I angkat tilam dan tidur tingkat atas dengan kawan-kawan. Okay I cuba. Malam-malam pukul 12.30, abah msg tanya I boleh tidur atau tak.

Esoknya, pagi-pagi lagi abah dah call suruh siap-siap untuk cari rumah sewa baru. Abah bertolak dari BP ke Segamat semata-mata nak carikan rumah sewa baru untuk I. Akhirnya I jumpa rumah sewa baru kat Taman Laksamana. So I pindah ke rumah sewa baru. Bila dah okay dengan housemates, I ada problem dengan classmates plak. I nangis lagi dan bagitahu abah yang I nak pindah semula ke Kota Bharu. Abah suruh I fikir masak-masak dan abah kata keputusan semua atas tangan I. Akhirnya I amek keputusan untuk pindah semula ke KB dan teruskan degree kat sana. Alhamdulillah, akhirnya I berjaya habiskan degree dengan keputusan yang baik juga.

Sekarang, I dengan rasa rendah diri, nak mintak maaf banyak-banyak kat abah sebab I rasa I paling banyaak susahkan abah. I selalu bebankan abah dengan masalah remeh-temeh I tue. Abah banyak berkorban wang, tenaga dan masa dia untuk I.

:: So, I nak ucapkan terima kasih banyak banyak banyak pada abah I, Azman bin Mohd Arif, untuk SEMUA BENDA. Zaty gembira hari ini sebab abah. Zaty bahagia hari ini sebab abah. Zaty berjaya hari ini sebab abah. Terima kasih, abah! :') ::


:: The greatest gift I ever had came from Allah S.W.T, and I call him Abah! ::


:: Sometimes the poorest man leaves his children the richest inheritance ::


"SELAMAT HARI BAPA, ABAH"



3 comments:

Anonymous said...

mekaseh bebanyak n wish all the best to every one of u

azmahal said...

owh dear..so touching, tanpa ku sedari air mata ku mengalir. may Allah bless ur dad n his families. berilah dia kebahagian!

love ur quote!

.i.z.z.a.t.i. said...

Anon: I guess you are my abah, right? Well thanks for supporting me ;)

Aunty: Darling, kalau u nak tahu, masa tulis entri nie pun airmata I mengalir. Ditambah dengan baca balik SMSes yang abah bagi dulu tuuu ;(

Yup, please give him some kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan. Aminn :')

Yaahh me likey the quotes too!