Tuesday, January 11, 2011

One Shot.

Akhirnya segala perkara yang I cuaaak sangat nak hadapi tu, dah berakhir. Semua berlaku dalam sekelip mata. One shot!



Cuak nak lapor diri pada hari pertama kerja even dah duduk setahun kat sana. CHECKED.

Cuak nak kena rehearsal Pedoman. CHECKED.

Cuak nak kena naik pentas, seterusnya baca ikrar di majlis Pedoman. CHECKED.

Cuak nak attend first meeting jabatan, seterusnya kena kenalkan diri sorang-sorang. CHECKED.

Cuak pakai uniform baru. CHECKED.



First day kerja, isi pelbagai borang then pergi beli uniform. Lepas tu menjajar cari tailor yang sanggup siapkan baju dalam masa 3 hari sebab nak kena pakai untuk majlis Pedoman.

Pedoman ialah majlis untuk semua anggota pekerja berkumpul, mendengar amanat dari CEO, sesi dialog bersama CEO, sesi penghargaan untuk anggota pekerja yang cemerlang dan naik pangkat, dan dan dan dan dannnnnnn



SESI MEMPERKENALKAN ANGGOTA PEKERJA BARU!



Sesi yang ni yang paling cuak ni. Tapi oleh kerana I terlibat untuk Pedoman awal tahun, maka tak perlu naik pentas dan kenalkan diri sorang-sorang. Just dia papar gambar di tiga screen besar dan sebut nama, jawatan serta jabatan kita jea. Lepas tu baca ikrar ramai-ramai. Itu pun tetap kecut perut weh!

Lebih drama lagi bila satu jam setengah sebelum majlis mula, tapak kasut tercabut. Kau bayangkan mana aku nak dapat kasut pagi-pagi buta macam tu?

Alkisahnya, pihak HR dah bagitahu awal-awal, kena pakai kasut hitam bertutup. Okay takde masalah sebab I mmg dah prepare kasut, guna kasut hitam konvo tahun 2008 punya. Malam sebelum majlis, I bergaya dengan uniform baru dan kasut hitam depan cermin. Okay purrrrffectt!

Esok pagi bangun awal sebab nak make up sikit-sikit. Tudung pulak buat hal. Biasa laa, bila nak cepat, masa tu jugak lah dia nak senget lah, gelembung-gelembung lah, yada yada yada. Keluar rumah pukul 7 pagi, jalan cepat-cepat sebab Miss F dah tunggu kat depan. Bila sampai depan pak guard, I rasa lain macam. Asal kasut ni macam rendah jea? Sekali aku tengok, amek kau TAPAK KASUT TERCABUTT!!!!! Mula-mula sebelah kiri jea, lepas jalan lagi beberapa tapak, sebelah kanan pulaak!

I masuk kereta terus dengan cemas bagitahu Miss F: Macam mana ni wak, kasut kita tercabutttt. Dua-dua belah pulak tuu! Majlis dah nak mula ni!

Miss F blurr. Dia carik idea. I try call kakak-kakak kat office, semua dah gerak pi office! Miss F pun call kakak department dia, tapi kakak tu pakai kasut size 5, kaki I size 8.

Miss F dapat idea. Dia baru teringat yang dia ada lagi sepasang kasut hitam kat rumah. So patah balik pi umah dia. Lift rosak plak. So kena panjat tangga empat tingkat. Tapi dia yang panjat, dia suruh I calm down dalam kereta. Bila dah dapat kasut, tak muat pulak. Longgar, banyak ruang. Bila I jalan, kasut tertinggal kat belakang. So dia kata takpe, try pakai kasut dia yang dia letak kat office, yang tu cutting dia kecik sikit.

Masa nak pi office, I terserempak Kak H baru nak hantar anak dia pi sekolah. So I cepat-cepat suruh Miss F kejar kereta dia. Sempat kejar, dia dropkan anak dia kat sekolah. I turun dari kereta sebab nak suarakan hasrat nak pinjam kasut, sekali kereta dia dah bergerak pulak. I dengan uniform baru, berlari gi KEJAR KERETA DIA DEPAN SEKOLAH. I dah tak kisah orang nak gelakkan ke apa. Nasib baik sempat kejar. I ketuk tingkap kereta dia then bagitahu pasal kasut I kopak, nak pinjam kasut dia. Then dia cakap kasut dia kat rumah tapi size 6. I kata boleh jea sebab dah terdesak sangat. Masa tu dah pukul 7.30 pagi.

Then dia patah balik amek kasut dan suruh I tunggu kat parking. Around 7.40 pagi, Kak H bagi kasut dia. Alhamdulillah muat sbb kasut dia jenis memeri (stretchable). So bila I pakai dia macam mengembang gitu. Then lepas dah settle part kasut, cepat-cepat naik office, then kakak-kakak kat office dah tahu pasal I, dorang offer kasut dorang plak (yang mana sama size dengan I laa). Tapi I selesa dengan kasut Kak H, so tak jadi tukar.

Then pukul 8 pergi Persada, hati dup dap dup dap cuak nak naik pentas. Majlis start pukul 8.30, pukul 9 naik pentas baca ikrar. Fiuhhhh! Settle! Lepas habis Pedoman, terus ada meeting jabatan. Dalam meeting, kena kenalkan diri sorang-sorang pulak. Sebut nama, asal mana, dan ditempatkan di mana. Woaah legaaa!

Macam yang I kata tadi, benda-benda tu semua mencuakkan. Huuu. Tapi semua berlaku dalam sekelip mata. Maknanya, kecuakkan tu lenyap seusai I habis kenalkan diri dalam meeting. Fiuhh. Lega lega.

Now, everything dah settle down. Just kena focus pada kerja pulak.

Kerja pulak, first day dah kena incharge share system online. Belajar macam mana nak print document untuk buat report Shareholder Analysis. Bukan print yang biasa-biasa tu tau. Dia macam complicated sikit, banyak step. Kena ikut step, then bila dah buat banyak kali baru mahir.

Lepas print semua sekali, baru start buat report. Sebelas report okee. Nanges tak nanges laa bila kena push siapkan report on time. Agak stress, tapi pura-pura cool okee! Hehehe.

Okay sampai sini jea. Esok kena prepare report untuk Directors' Shareholdings puleee. Yeay, I love my job! Do you love your job? ;D

Doakan semuanya baik-baik aje. Amin.


p/s: Thanks a lot Miss F and Kak H. I owe both of you so much!


5 comments:

azmahal said...

O_o hope u feet didn't do any damage to the shoes n the owner. Sorry mak mmg tak syg mulut tau..Ti tak muat eh..ya ampun Cik Nur Izzati.

No wonder u were super duper cuaksss..pjg checklistnya. Nyway u had successfully overcome ur cuakness & stay cool. Chillax dear.

Glad finally everything is over and enjoy wat u doing and have fun. Be humble & dun be shy to ask.

Izzati Azman said...

Ti, tak muat eh? HAHAHAHAHAHAHA!!! Sangat nakal okee ;)


Huu I love to ask and never feel shy to ask, but people hate me when Im asking a lot. I can feel it, darling. And that's make me feel uncomfortable and did not enjoy on what Im doing. Seriously. ;c

atul said...

ni klu dpt dgr live lagi mesti ketawa terbahak2..look like izzati gonna be very busy career woman..i likeeee..hehe

Izzati Azman said...

Atul, career woman laa sangat. Kuih Keria Woman ada laaa! HAHAHAHA =D

miss lala said...

hehehehe lawak la awk zati..
ngn kasut kopak sume..aiiyaiyaii..
pape pon oke la still leh handle kannnz..