Sunday, September 6, 2009

surat buat ibunda

Assalamualaikum ibunda..

Apa khabar ibunda di Batu Pahat? Semoga sihat hendaknya..Seperti yang ibunda tahu, Ramadhan tahun ini anakanda berpuasa di tempat orang yang menjadi kesayangan anakanda, Kota Bharu Kelantan..

Lain pula rasanya bila berpuasa dan berbuka bersama rakan-rakan kerana tahun lepas anakanda berpeluang berpuasa dan berbuka bersama keluarga tercinta..

Buat pengetahuan ibunda, hari pertama puasa anakanda sudah ke Bazar Ramadhan dan berbelanja lebih kurang RM7 untuk membeli juadah berbuka..Ia berlanjutan selama seminggu..Cuba ibunda kira berapa banyak wang yang anakanda habiskan untuk MAKANAN dan MINUMAN sahaja..Eh ibunda jangan salah sangka, tujuan anakanda utuskan surat ini bukan untuk meminta wang sara diri, sebaliknya anakanda nak bercerita tentang pengalaman anakanda memasak bersama rakan-rakan bagi mengatasi masalah boros ketika berbelanja di Bazar..


Apabila rakan-rakan memberi cadangan untuk memasak, anakanda berasa sangat tercabar kerana anakanda mengaku yang anakanda memang kurang pakar dalam bidang masakan ini..Lain lah kalau mereka kata "Kami masak sedap-sedap, Izzati makan jea, okay?" BANYAK CANTIK MUKA AKU kata anakanda dalam hati..Jadi anakanda ambil keputusan untuk turut serta menyibukkan diri di dapur..

Oleh kerana mereka tahu anakanda cucu Haji Arif tetapi kurang arif dalam bab menumis masakan, mereka menyuruh anakanda membuat tugasan yang mudah-mudah sahaja..Tetapi lama kelamaan mereka sudah mempercayai bakat anakanda lantas menyerahkan tugas berat untuk anakanda..Sekarang antara percaya atau tidak, anakanda sudah mempunyai asas dalam bidang masakan..

Anakanda sudah pandai memotong ayam, menyiang ikan pari, menyiang sotong, menghiris pedal, menghiris ikan masin halus-halus, memotong labu, menyukat garam, gula, asam dan santan ke dalam masakan, membuat inti karipap dan popia, menggulung dan menggoreng popiah serta menyediakan sos pencicah popia..Cuma satu jea, anakanda belum pandai 'kelim' karipap..

Baiklah tanpa membuang masa, anakanda mempersembahkan jenis masakan yang telah dimasak bersama untuk hidangan berbuka..

MASAKAN PERTAMA
:: Sardin Goreng Kentang ::
:: Sayur Lemak Kerang ::
:: Telur Dadar ::
:: Cucur Sayur ::

MASAKAN KEDUA
:: Ayam Masak Merah ::
:: Sayur Lemak Labu ::
:: Sup Sayur ::
:: Sayur Bayam Goreng ::
:: Cucur Bilis ::

MASAKAN KETIGA
:: Asam Pedas Ikan Pari ::
:: Sayur Campur ::
:: Telur Dadar ::
:: Bubur Kacang ::

MASAKAN KEEMPAT
:: Tom Yam Ayam ::
:: Telur Dadar ::
:: Karipap ::
:: Sambal Kicap ::

MASAKAN KELIMA
(Maaf tiada gambar kerana bateri handphone mati dan kepenatan)
:: Sambal Tumis Sotong ::
:: Ayam Masak Kicap ::
:: Telur Dadar ::
:: Bubur Pulut Hitam ::

MASAKAN KEENAM
:: Kari Ayam ::
:: Pedal Masak Kicap ::
:: Sayur Kailan Ikan Masin ::
:: Popia Goreng ::

Maaf dipinta kerana kualiti gambar kurang memuaskan..Jadi mungkin ibunda tak perasan mana satu Cucur Bilis sebab dalam gambar seakan-akan Ayam Goreng, mana satu Sardin Goreng Kentang sebab dalam gambar seakan-akan Paceri Terung dan lain-lain lagi..Walaupun begitu, rasanya tetap enak dan lazat..

Oh yea buat pengetahuan ibunda, rakan-rakan anakanda sudah pandai menggunakan perkataan "Mentong" ketika mahu makan buat kali kedua..Anakanda yang mengkomersilkan bahasa Jawa tersebut dan nampaknya mereka gembira untuk menyebutnya walaupun mereka menyebut "mentong" seperti sebutan Emak instead of "mentong" seperti sebutan Epal..

Baiklah, sampai di sini sahaja surat anakanda buat ibunda..Kirimkan salam sayang dan rindu pada ayahanda dan kekanda..Sesungguhnya anakanda amat berbesar hati dapat berkongsi cerita dan pengalaman dengan ibunda..Cuma satu benda jea anakanda nak bagitahu ibunda..
















PROGRAM DIET ANAKANDA TERJEJAS GARA-GARA MASAKAN DI ATAS





Salam sayang di perantauan,
Anakanda Izzati



7 comments:

cicigurl said...

rajin gile u masak! i dah lama tak asah skill ni. haha
nak update blog pun malas. ni la penangan berehat lama2 3 bulan kat umah =P

atul said...

ni semua msk dlm 1 hari ke?banyaknyerrrr menu...mestila terjejas diet..hu2

azmahal said...

hip hip hooray..dh blh masuk dalam calon menantu nie..lps tu dpt pulak jimat belanja..nnt blh beli BB.

gegurl awk kena ajar diorg sebut mentong dgn tajwid yg betul, kang salah tajwid lain pulak maknanya..

p/s - camne dgn questionaires yg kita jwb tu..ok ke tak?

Anonymous said...

mak usu:jiwang gila,nanti raya ni jgn lupa ambik bhg ye...bagus ti..hidup perlukan perubahan....Wa caya lu...

.i.z.z.a.t.i. said...

cicigurl: haha kawan-kawan sume masak, so I have to..kalau tak nanti I lapar sorang-sorang..heee

atul: oit itu kenduri namanya..enam masakan bermakna enam hari laa mek toq weii..hehehe..

azmahal: calon menantu sapa? hahaha..mentong lagi satu apa maksudnya? hehe..pasal questionnaires tue belum kena submit lagi..submit bfore final :)

mak usu: thank you..mana ada jiwang, kan bahasa sastera tue..hahaha..

bokap lu said...

WADUH ! NON, GRAND BANGET TUH !

.i.z.z.a.t.i. said...

waduhh bokap gwe sudah berkata-kata..teruss nyokap gwe gie mana? suka ngak masakan gwe?




hahaha dah jadi blog laura :D