Monday, September 14, 2009

hujung minggu bersama artis kegemaran

hujung minggu bersama artis kegemaran memang menyeronokkan..apatah lagi bila mendapat layanan yang elok dan molek..mari kita mulakan..

hari jumaat lepas modul, saya terus bergegas ke KB Mall dengan doa dan harapan Si Kacak Adam masih setia di situ..doa dimakbulkan bila saya nampak segerombolan manusia mengelilingi meja di depan kedai BATA..ya Adam setia menunggu saya :')

keadaan tidak berapa sesak tetapi saya masih perlu memboloskan diri agar dapat bertemu Adam..wajah pertama yang saya nampak ialah si gadis manis-cantik-menawan-kurus-tinggi-putih ini..
:: dia memang lawa..i tell you..cantik dan segar sangat::


selepas itu mencari-cari wajah kesayangan hamba, Si Kacak Adam..akhirnya jumpa jugak..dia memang sangat cool dan charming! bila dapat jumpa muka-ke-muka, saya terus buat pengakuan dengan nada teruja;

saya: I minat Adam Nurkasih!

Adam: Iye..terima kasih..nama sapa? (sebab beliau nak sign kad raya)

saya: Izzati

Adam: eja?

saya: I.Z.Z.A.T.I

Adam: okay..kejap yea..

ohh Adam memang sangat best! atas kad raya saya, dia siap buat tambahan nama..orang lain takde tau..saya seorang jea yang ada..teruja!

:: gigih tanya nama peminat untuk sign kad raya ::


:: gigih bergambar juga ::


:: close up..see betapa dekatnya I dengan Adam? ahaks! ::


:: Si Kacak Adam dan Si Terlebih Isi Izzati (obviously nampak saya lagi besar okay!) ::


:: taadaa..dari Adam untuk saya ::


baik lah cukup cerita tentang Adam..kita beralih ke cerita tentang bazaar ramadhan pula..seperti yang semua sedia maklum, HOTFM dan Hotlink telah bersetuju untuk mengadakan Bazaar Ramadhan di KB Kelantan..dan saya adalah insan yang paling gembira sebab acara tersebut diadakan dekat dengan rumah sewa saya..

saya pergi bersama housemate, k.Intan dalam pukul 5.30 petang dan orang pertama yang saya nampak ialah penyampai radio dan pengacara TV kesayangan, Fara Fauzana @ Fafau..beliau sibuk menjerit "nasi ayam, nasi ayam" sebab beliau bertugas untuk menjual nasi ayam..Anne pula jual laksam, Zura jual nasi dagang, Kieran jual air, Leya jual nasi kerabu, Tini jual ayam percik, AG jual kuih-muih dan Ikhwan saya tak ingat dia jual apa..FBI tak datang sebab busy shooting..

Fafau offer saya nasi ayam 4 bungkus RM7..saya macam teruja giler sampai tak sedar yang saya setuju dan terus bagi duit..lepas tue saya terus ajak Fafau bergambar..

FF: bolehh..eh cantik baju awak (sebab saya pakai baju HOTFM Minijam yang dibeli di BP) nanti kita bagi awak satu yea..

saya: senyummm jea sebab macam tergamam..haha poyos..

lepas tue saya buat-buat pergi gerai penyampai lain, konon-konon macam minat diaorang gak lah, padahal datang nak jumpa Fafau jea..haha! First pergi gerai Tini..dia nampak baju saya..then dia tanya;

Tini: ehh you pergi minijam kat mana nie?

saya: ohh kat Batu Pahat..

Tini: you bukan orang sini?

saya: bukan, I study kat UiTM sini..

Tini: ohh UiTM Machang eh?

saya: tak, UiTM Kota Bharu..

Tini: I see..amek apa?

saya: finance..

Tini: ooo..so, you all selalu dengar radio apa yea? kat sini Hot clear tak?

saya: I memang dengar Hot..tapi kawan-kawan I ramai yang dengar SuriaFM sebab Hot tak clear kat rumah sewa..kalau kat kampus baru clear..

Tini: ohh I see..

then ada reporter dari Berita Harian nak interview Tini, saya beralih ke gerai AG..AG jual kuih lompang uols..then saya sengaja tanya;

saya: ini kuih apa?

AG: ini nama dia, kuih aaa saya pun tak tahu..(serious lawak bila dia sengaja buat muka blur)

saya: ohh..

AG: I rasa you mesti bukan orang sini kan?

saya: haha..aah I orang Johor..(sengaja cakap orang Johor sebab AG pun orang Johor..konon-konon nak create conversation lah..haha)

AG: Johor kat mana?

saya: kat Batu Pahat..

AG: so kat sini buat apa?

saya: study kat UiTM..

AG: ohh..belajar betul-betul eh..

then saya dengar Anne & Kieran panggil semua penyampai dan artis (Nubhan, Adam, Black dan Sofaz) naik stage dan diaorang ajak semua pengunjung beratur depan stage untuk sesi bergambar dan sign autograf..saya terus tarik k.Intan beratur depan stage..tapi nak tahu takk..orang Kelantan ni pemaluuuuuu sangat..diaorang just duduk kat tepi-tepi tue jea dan hanya kami berdua yang beratur depan stage tu..lepas tu zoomers HOTFM ajak kami naik atas..saya macam malu-malu lah sebab orang lain tak naik pun, kami berdua jea yang naik..tapi AG kata; biar diaorang tak nak naik..at least you all berani naik stage..pergh pergh bangga I sebab hanya kami berdua jea pengunjung yang ada kat stage tu..so, I lah yang memulakan sesi bergambar dan sign autograf tu..

masa kat atas tu, sekali lagi Tini tegur saya;

Tini: okay thank you, I akan ingat you sebab you beli ayam percik I tadi..

saya: ohh no problem..

then masa ini Leya yang ada kat sebelah Tini tegur saya dengan soalan yang sama;

Leya: you pergi minijam kat mana?

saya: kat Batu Pahat..

Leya: you orang Batu Pahat?

saya: aah..

Leya: Anne oh Anne! Anne! Ini haa dia orang Batu Pahat..

Anne: ohh I suka kuih-kuih kat Batu Pahat..

saya: yea ke?

tiba-tiba ada zoomers Hot menyampuk..

zoomer: saya pun duduk Batu Pahat jugak..Batu Pahat kat mana?

saya: Peserai..Batu Pahat kat mana?

zoomer: Taman Koperasi

ohh rasa macam Jejak Kasih pulak bila ramai orang sibuk-sibuk pasal Batu Pahat (so, moral of the story, kalau nak datang event HOTFM pakai lah mana-mana baju HOTFM..sure sume penyampai tegur sebab diaorang tahu kita setia sokong HOTFM, cewwah) then bila saya dah nak turun dari stage, baru Fafau naik untuk join diaorang..so saya patah balik and amek gambar & autograf Fafau..

lebih kurang pukul 6.20 petang, semua penyampai beredar ke khemah sebelah tapak bazaar untuk melayan anak-anak yatim..masa ini saya perasan yang Fafau tak join dan pergi ke kereta dia..rupanya dia nak salin baju..saya tunggu kat sebelah khemah tu kot-kot lepas ni Fafau lalu..ternyata jangkaan saya tepat bila Fafau datang dengan ber'mask'..dari jauh dia dah lambai dan cakap;

FF: haiii..eh tadi dah bergambar kan? (sambil salam saya)

saya: aah tapi nak gambar lagi sebab Fafau dah tukar baju..Zul, tolong amekkan gambar..(Zul ialah anak buah merangkap pembantu Fafau)

Zul: mana tahu saya Zul? (buat muka pelik)

saya: laa, kata minat Fafau, memang lah saya tahu ;p

lepas bergambar dan dah puas follow Fafau ke sana sini, saya balik ke rumah sewa..and sempat buat lambaian pada Fafau..heheh..

alrite mari layaannn gambar-gambar :)

:: Anne dan Kieran ::


:: k.Intan, Fafau dan Izzati ::


:: FF yang paling digemari ::


:: saya dan Tini ::


:: AG dan Izzati ::


:: bersama Mommy Leya ::


:: Ikhwan yebbah yebbah ::


:: layannn jea ::



2 comments:

yg keje sblah mp said...

best nye!!!!!

mesti hang gembira giler kan..hehe..

Zera Zylgwyn said...

kakak!
mesty very3 da excited kn2 jmpe fafau.
aha!
mish u tataw~
adam!
huh~adorable!