Friday, August 7, 2009

hiburan minggu ini


1. dah dapat duit hasil jualan buku teks dan set soalan past year pada junior..alhamdulillah..what you give, you get back..

2. ketua program amats optimis apabila membenarkan para pelajar membuat praktikal di luar kawasan kelantan..tiada had limit dan tiada istilah first come first serve..korang nak praktikal kat belakang umah korang pun takpe..sukati laa..macam nie baru best kan?!

3. petang semalam ibunda terchenta anta sms yang berbunyi; Salam. Baca yaasin 1 niat panjang umur dalam kebajikan. Yang ke2 dimurahkan rezeki yang halal. Yang ke3 tetapkan iman sampai akhir hayat. Esok pose. Selamat menghayati nisfu syaaban.

malam tue, lepas habis baca yasin dan solat isyak, saya masak air sebab nak makan biskut cicah milo..kemudian cakap dengan roomate; kita lapar laa..nak makan nasi sebab esok nak puasa tapi takde orang nak keluar plak..*salah satu faktor tak suka balik kelantan apabila makanan terpaksa dicatu..huhuhu..* so kita nak mintak maggi awak boleh tak? roomate yang baik hati terus izinkan..saya bangun nak mencapai mangkuk, tiba-tiba;

tok tok tok..

jiran 1: izzati, izzati..awak nak nasi tak? saya ada beli nasi dua, tapi tak habis pulak..pergi lah makan kat depan, lauk ada banyak lagi tue..

saya: yea ke..kalau macam tue kita bayar pada awak lah sebab kita memang tengah cari nasi nie..

jiran 2: ehh takpe sebab kitaorang beli kongsi-kongsi..

saya: alaa, kita segan lah..

jiran 3: tak payah segan-segan..jom saya bawak awak..

sampai kat depan, masyaallah banyaknya lauk..ada ikan siakap tiga rasa, daging masak merah, tomyam campur, telur bungkus, sayur cendawan dan sambal belacan..jiran-jiran hanya makan 1.5/3 sahaja..kemudian jiran 2 hulurkan nasi dalam polestrin..ya ampunn padan lah jiran 1 tak larat makan dua bungkus nasi, rupanya nasi dia setimbun..dipendekkan cerita, saya luakkan separuh nasi dan hanya makan separuh sahaja..alhamdulillah kenyang..mungkin berkat baca yasin tadi, saya dimurahkan rezeki..thank you mak..

jangan salah faham bukan niat untuk berlagak, tapi saya nak kongsikan yang mana jika kita ikhlas berdoa dan berniat baik, insyaallah ALLAH perkenankan doa kita..

4. housemate saya ditahan di ward Tanah Merah, Kelantan kerana disyaki menghidap H1N1..topeng sudah dibeli..harap-harap semua okay..

5. menonton rancangan gadis melayu musim kedua gara-gara ingin melihat peserta itu..amats kelakar bila menonton sesi ujibakat..hahaha..macam-macam gaya ada..oh yea seorang drpd mereka adalah junior saya semasa diploma dulu..dia pun lawak gak.."jadi playergirl dalam zon yang selamat"..heee..apa pun, yang terpilih sebagai finalis memang cantik-cantik..tahniah!

2 comments:

atul said...

really??bagus la kalu camtu..so, awk bley la mengucapkan Alhamdulillah. bley la duk dkt2 ngan rumah kan??..murahnya rezzeki..

Si Curhat said...

yup, bersyukur sgt2..;)